Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 4 Mei 2022

Pernah Terdetik Tak Mahu Sambut Aidilfitri, Shuib Rasa Tak Adil Untuk Anak-Anak

Pelawak dan usahawan Shuib masih diulit rasa sedih selepas isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi pada 9 Ogos tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Shuib Tak Ada Selera Makan, Sebak Teringat Pajeri Nanas Arwah Siti Sarah 

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Reti Nak Cakap Move On, Padahal Dah Sembilan Bulan’ – Shuib

Tak mahu beraya

Bercerita perihal sambutan Aidilfitri, Shuib, 38, menyatakan dia pernah terfikir untuk tidak menyambut hari raya memandangkan ini adalah tahun pertama tanpa figura isteri di sisi.

Memikirkan anak-anak yang sudah semangat berpuasa di bulan Ramadan, pemilik nama Shahmira Muhamad mengubah fikirannya.

Kalau ikutkan fikiran jahat saya pernah terdetik tak mahu sambut raya tahun ini dan tak perlu membeli baju baharu untuk anak-anak.

Namun tidak adil jika saya lebihkan perasaan sendiri. Saya kena pentingkan anak-anak kerana mereka gembira mahu sambut raya. Jadi saya akan tetap beli baju baharu untuk raikan mereka.

Anak-anak faham

Dalam pada itu, pelakon telefilem Ayah Den Lopeh bersyukur kerana keempat cahaya matanya sangat memahami situasi tanpa arwah ibu.

Kata Shuib, anak-anaknya boleh berborak mengenai arwah Sarah tanpa menitiskan air mata.

Saya tidak sangka anak-anak kini boleh menjalani kehidupan sekarang dan faham situasi ketiadaan ibu tercinta di sisi.

Malah, anak-anak juga terbuka berborak tentang ibu mereka tanpa mengalirkan air mata. Kekuatan mereka itulah bantuan saya untuk terus mengharungi kesedihan.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: Instagram @shuibsepahtu



source https://ohbulan.com/pernah-terdetik-tak-mahu-sambut-raya-shuib-rasa-tak-adil-untuk-anak-anak

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman