17 April yang lalu, viral di media sosial mengenai kisah kematian seorang doktor pelatih ‘houseman’ di Pulau Pinang yang dikatakan terjatuh dari tingkat 23 kediamannya dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Susulan berita viral tersebut, Dr Say Shazril berkongsi pengalamannya ketika menjadi doktor pelatih di Hospital Serdang, Selangor selama dua tahun.
Budaya caci mencaci ada dekat semua hospital
Menurut Dr Say, budaya caci mencaci, herdik mengherdik, toksik ada di semua hospital. Ini kerana, doktor juga manusia yang mempunyai perasaan marah, irritated, annoyed seperti semua individu yang lain. Tambahnya, segelintir doktor boleh menyimpan perasaan negatif ini dan segelintir lagi tidak. Maka, isu mencaci doktor pelatih akan berlaku. Ujar Dr Say lagi, semua pelatih termasuk dirinya dan isteri pernah dimarahi. Namun, mereka menganggap ujian tersebut sebagai satu bahagian yang perlu ditempuhi semasa menjalani latihan di hospital.
Kalau hampa tanya saya bila moment yang saya paling tak nak ulang dalam hidup ni jawapan saya ada 3 moments. Moment ke-3 adalah medical school, moment ke-2 adalah waktu SPM dan moment pertama semestinya masa houseman. 2 tahun berhousemanship ni lah paling ngeri dalam hidup saya.
Bercerita lebih lanjut, Dr Say memberitahu bahawa dia terpaksa melupakan aktiviti bersenam, rakan-rakan dan hasrat untuk mempunyai anak ketika menjadi doktor pelatih. Berkat kesabaran selama dua tahun, Dr Say dan isterinya berjaya menghabiskan latihan di hospital yang mereka ditempatkan.
Siapa nak rawat anak cucu kita kelak?
Di akhir posting, Dr Say turut memberitahu setiap pekerjaan pasti akan ada penindasan. Jadi, bergantung kepada individu tersebut untuk mencari jalan penyelesaian. Jelas Dr Say, dia dan isteri lebih suka berkongsi setiap masalah bersama dan cara tersebut dapat membuatkan hati mereka berasa tenang.
Kerjalah apa jua, pasti akan ada penindasan so its up to us untuk handle cacian tersebut. Apa yang saya dan bini dulu selalu buat is that we share whetever yg kami “kena” to each other sebab bila dikongsi, hati berasa tenang. Saya sebagai doktor yang pernah melalui housemanship berharap KKM memandang serius budaya toksik ni. Cari doktor yang suka membuli mengherdik ni dan punish them fairly for the betterment of junior doctors. Sebab kalau semua housemans pakat berhenti kerja, siapa yang akan jadi doktor yg akan merawat anak atau cucu kita kelak kan? Be strong dearest housemans.
Sumber: Dr Say Shazril
source https://ohbulan.com/kalau-semua-doktor-pelatih-berhenti-kerja-siapa-nak-rawat-anak-cucu-kita-dr-say-shazril-mohon-kkm-pandang-serius-isu-buli-budaya-toksik-di-hospital