Pelakon Nad Zainal mendedahkan anak perempuannya, Budi Kalsom mengalami masalah ekzema. Sekadar info, ekzema yang dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit) biasanya terjadi pada bayi dan kanak-kanak.
Jumpa hamba Allah baik hati
Menurut Nad, 32, dia membuat keputusan untuk membawa puterinya itu berubat di sebuah klinik yang terletak di Tapah, Perak.
Ceritanya lebih lanjut, dia gigih untuk menempuh perjalanan jauh selepas mendengar kisah seorang individu yang juga mempunyai anak menderita penyakit yang sama.
Hendak dijadikan cerita, semalam ketika berjalan-jalan keluarkan peluh, singgah Titiwangsa dan terjumpa dengan seorang hamba Allah yang baik hati. Dia berniaga di sana.
Kata hamba Allah itu, anaknya ketika bayi mengalami masalah ekzema kronik sehingga bernanah. Kakinya naik hancur akibat eczema sehingga doktor memberi amaran jika tidak ditahan di hospital, kaki boleh dipotong.
Anaknya kini sudah dewasa dan bebas ekzema. Sempat dia tunjuk kesan parut lama akibat tabiat menggaru anaknya itu, Saya kagum dan tidak berlengah untuk membawa Som ke sini (Klinik Jaya).
Servis terbaik
Dalam pada itu, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin kagum dengan servis yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang menjalankan pemeriksaan lengkap walaupun klinik tersebut hanya terletak di kawasan pekan.
Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga memberitahu ekzema anaknya yang berusia setahun itu tidak berada di tahap yang membimbangkan.
Doktor Sundra memang baik. Walaupun cuma sebuah klinik yang terletak di pekan, servis yang diberikan memang terbaik.
Selalunya penerangan yang diberikan doktor cuma sekitar lima hingga 10 minit, tapi di sini lama betul. Doktor siap periksa guna lampu, sapukan antibiotik, beri risalah dan berbual panjang.
Kos rawatan mengikut tahap ekzema. Doktor kata, keadaan Som tidaklah teruk, cuma jangan dibiarkan sehingga melarat.
Sekadar info, Nad bernikah dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia enam tahun iaitu Fahad Ibrahim.
Sumber: Instagram @nad.zainal
source https://ohbulan.com/kagum-dengan-cerita-seorang-peniaga-nad-zainal-bawa-anak-berubat-ekzema-di-tapah