Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 29 April 2022

Wow! Drama Bersiri PETRONAS Kembali Lagi! Kali ini Bawa Kisah Cinta Pulak Di Aidilfitri?

Selain dari persiapan menjelang hari raya, iklan raya juga adalah antara yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Setiap tahun mesti ada je iklan yang akan melekat dalam kepala kita.

Paling best kalau tengah berkumpul ramai-ramai tu, tengok pulak iklan raya. Fuh terus rasa semangat betul nak raya kan? Setiap tahun juga, PETRONAS tak terlepas dari membawakan iklan raya kepada rakyat Malaysia.

Tahun ini pula mereka bawakan sesuatu yang sangat berbeza iaitu iklan versi drama bersiri! Eh macam mana pulak tu? Dengarnya dah episod kedua?

Peluang Kedua Untuk ‘Mara Semula’

Iklan raya PETRONAS yang diinspirasikan dari kisah realiti, merupakan arahan pengarah popular Kabir Bhatia yang sudah mempunyai 26 tahun pengalaman dalam industri hiburan. Wow menarik ni!

Ini merupakan kali pertama pihak PETRONAS memperkenalkan siri iklan raya yang bersambung tau!

Bermula pada Tahun Baharu Cina 2022 dan akan terus bersambung sehingga episod terakhir. ‘366’ diilhamkan dari kisah setiap individu yang melalui kesukaran semasa pandemik 2020 hingga 2021. Siri ini memberikan peluang kedua kepada setiap individu untuk terus ‘Mara Semula’ walau apa yang terjadi.

Hargai Perjalanan Kita Lalui Dengan Keberanian

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata “Baru beberapa bulan sahaja kita memasuki tahun 2022, tetapi kita sudah dapat melihat rakyat Malaysia meneruskan kehidupan harian mereka dengan mencari tujuan baharu, mengejar impian dan meninggalkan masa lalu.

Perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah terus maju secara individu dan secara kolektif sebagai sebuah negara. Ketika kita berkumpul semula bersama keluarga pada Hari Raya ini, marilah kita menghargai perjalanan yang telah kita lalui dengan keberanian dan pengorbanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Janganlah kita mengambil mudah dan hargailah perhubungan sesama kita terutamanya dengan insan yang tersayang.”

Episod kedua drama bersiri ‘366’ sempena Aidilfitri

Kalau dalam episod pertama ‘Hari ke-32’ drama ‘366,’ kita dapat saksikan perjalanan Zhi Yi (Lee Qi) dalam mencari ibunya selepas terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

Tapi, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, iklan raya PETRONAS akan menyentuh hati semua penonton dalam episod kedua ‘Hari ke-123’ dengan perjalanan hidup Poji (Azri Sabri) dan kisah cintanya dengan Ayu (Aishah Azman).

Poji yang telah bersedia nak melamar Ayu dikejutkan dengan sesuatu yang tak dijangka dan telah membuatkan Poji mempersoalkan segalanya.

7 episod pelbagai kisah hidup

Dengan tema perayaan PETRONAS ‘Mara Semula’ ini, penonton akan disajikan dengan penuh kisah cinta, persahabatan dan penerimaan terhadap sesuatu yang lain. Haih tak sabar betul nak tengok episod kedua ni nanti!

Ini antara 7 episod yang bakal ditayangkan untuk korang! Excited betul admin nak tengok!

  • Episod 1: Tahun Baharu Cina – Hari Ke-32
  • Episod 2: Hari Raya – Hari Ke-123
  • Episod 3: Kaamatan – Hari Ke-150
  • Episod 4: Gawai – Hari Ke-152
  • Episod 5: Merdeka Malaysia Day – Hari Ke-243
  • Episod 6: Deepavali – Hari Ke-297
  • Episod 7: Krimas – Hari Ke-365

Korang kalau nak tahu apa kesudahan kisah cinta Poji dan Ayu, jangan lupa untuk tonton drama bersiri ‘366’ episod kedua ‘Hari ke-123’ yang akan ditayangkan khas di Youtube dan Facebook rasmi PETRONAS bermula 27 April 2022.

Apa korang tunggu lagi jom tengok!



source https://ohbulan.com/wow-drama-bersiri-petronas-kembali-lagi-kali-ini-bawa-kisah-cinta-pulak-di-aidilfitri

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman