Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 26 April 2022

Tak Serik Untuk Kembali Bergelar Isteri, Yasmin Hani & Alif Hadi Sedang Berkenalan – ‘Saya Hanya Mahu Berasa Gembira ..’

Status hubungan pelakon Yasmin Hani dan aktor Alif Hadi, 34, menjadi tanda tanya selepas memuat naik foto berbuka puasa bersama di sebuah hotel di ibu negara.

Artikel Berkaitan: Keluar Berbuka Puasa Bersama, Yasmin Hani & Alif Hadi Bercinta?

Masih tengah kenal

Ketika ditemui OhBulan! Yasmin memberitahu dia dan Alif masih di tahap ‘early stage’ yang sedang mengenali hati budi masing-masing. Kata Yasmin, dia enggan terburu-buru untuk terus bercinta dengan Alif.

Sejujurnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan.

Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti.

Tambah aktres berumur 43 tahun ini, keistimewaan yang ada dalam diri Alif adalah sikap penyabar dan menghormati orang lain.

Percaya rezeki jodoh

Ditanya sama ada dia serik untuk kembali bergelar isteri, pemilik nama Yasmin Hani Ismail Richardson tidak menolak ketentuan  yang ditetapkan Allah SWT.

Serik? Tidaklah, sebab saya percaya rezeki dan juga jodoh sudah ditentukan oleh Allah SWT. Saya hanya mahu berasa gembira termasuk anak-anak.

Sesiapa pun yang akan bersama saya nanti (lelaki), saya harap dia boleh menerima saya dan anak-anak.

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita selesa tidak meletakkan sasaran untuk hubungan dengan Alif dan akuinya sekiranya mereka tidak berjodohan dia terima hidup sebagai janda.

Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira.

Sekadar info, Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose, Sha’arin berkahwin pada tahun 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.

Manakala, Alif pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana namun reda tiada jodoh antara mereka selepas penyanyi rap itu berkahwin dengan aktor Yusof Bahrin.

Sumber: Instagram @yasminhani



source https://ohbulan.com/tak-serik-untuk-kembali-bergelar-isteri-yasmin-hani-alif-hadi-sedang-berkenalan-saya-hanya-mahu-berasa-gembira

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman