Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 22 April 2022

Selalu Balik Kampung Mentua Raya Pertama, Isteri Kecewa Suami ‘Selfish’ – ‘Mak Suami Selalu Paksa’

Sekadar gambar hiasan

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, isu balik kampung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri sering kali menjadi perdebatan sehingga kadang kala menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, terdapat pasangan yang berfikiran secara matang dan membuat sistem giliran balik kampung bagi keadilan kedua-dua pihak.

Artikel Berkaitan: Suami ‘Durjana’ Bagi Ubat Tidur Semata-Mata Nak ‘Bersama’ Dengan Isteri Sedang Berpantang

Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Artikel Berkaitan: Tak Nak Bayar Nafkah Anak, Suami Sanggup Tuduh Isteri Zina, Siap Minta Buat Ujian DNA

Sayu je dengar suara dia….

Namun lain pula yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Irfan Emelda, menceritakan nasib kawannya mempunyai suami yang mementingkan diri sendiri. Apa yang lebih menyedihkan, apabila suami kepada kawannya itu dikatakan tidak bertolak ansur dan setiap kali Hari Raya Aidilfitri mereka akan pulang ke rumah ibunya terlebih dahulu.

Dapat call dari kawan, macam biasa dia akan mengadu yang tahun ini balik raya rumah mak suami lagi. Sayu je dengar suara dia. Suami akan bawa balik kampung bila dah raya ke 5@6.

Ujar pemilik video ini lagi, lelaki berkenaan juga menunjukkan reaksi kurang senang setiap kali pulang ke rumah mentua dan  hanya bertahan selama satu malam. Malah dia dikatakan tidak bercampur dengan adik-beradik yang lain.

Selalu memang susah nak berkumpul dengan adik-beradik dia. Kalau balik pun 1 malam je, suami buat muka ketat. Bergaul dengan ipar-duai pun tak nak.

Bukan itu sahaja, ibu kepada lelaki ini juga seolah-olah tidak faham dengan situasi tersebut dan meminta anaknya pulang ke rumah bagi menyambut perayaan tersebut bersama-sama.

Pernah dulu diorang balik Penang (belah isteri). Tapi mak suami pula asyik call tanya bila nak balik, mak nak sambut raya sama-sama. Balik la, semua adik-beradik ada dekat rumah mak.

Esoknya raya, habis raya pertama malam itu suami dah ajak balik Johor (belas suami) sebab tak mahu kecewakan hati mak doa. Tapi hati isteri dah banyak kali terluka dengan sikap tak adil suami. Bukan tak pernah berbincang tapi si suami masih tetap akan dahulukan family dia.

Video penuh:

@irfan_imelda Pause kalau nak baca..harap member sis ni byk2 bsabar. #balikraya #suamiisteri ? original sound – Kakpikah – Tiyascarves


Respon netizen

Sumber: Irfan Emelda



source https://ohbulan.com/selalu-balik-kampung-mentua-raya-pertama-isteri-kecewa-suami-selfish-mak-suami-selalu-paksa

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman