Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 27 April 2022

Resepi IDEAL-Fitri Bersama Anis Nabilah dan Nik Michael, Tak Best Lah Kalau Tak IDEAL!

Menambahkan santan ke dalam masakan sememangnya adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Tapi ada sesetengah orang yang tak nak gunakan santan sebab nak jaga kesihatan dorang.

Tapi nak ganti dengan apa pulak eh? Mestilah nak rasa yang berlemak dan berkrim sama dengan santan tapi nak yang lagi murah dari cooking cream dan yang mudah untuk didapati.

Ha, pengganti yang paling ideal mestilah susu sejat penuh krim IDEAL®!

Pilihan Ideal Chef-chef Selebriti

Korang tahu tak yang sebenarnya, ada banyak resipi yang korang boleh cuba sendiri di rumah menggunakan susu sejat. Nak lagi sedap? Guna je susu sejat penuh krim IDEAL® dari F&N yang kaya dengan vitamin A dan D3 ni! Confirm masakan korang lebih lemak berkrim dan lebih sihat!

Sebenarnya ramai  chef-chef selebriti yang menggantikan santan dengan susu sejat penuh krim IDEAL® dalam masakan dorang. Samalah macam Chef Anis Nabilah dan Chef Nik Michael.

Jom tengok apa yang mereka masak menggunakan resipi mereka yang menggunakan susu sejat penuh krim IDEAL® ni! Mesti korang terkejut tengok resipi yang dikongsikan, tak terfikir langsung weh!

Ketam Sumbat Bakar dengan Sos Buttermilk

 

Bahan-bahan:

• 700 gram isi ketam
• Daun ketumbar yang dihiris halus
• 2 tangkai cili merah dihiris halus
• 8 ulas bawang putih dicincang halus
• 4 biji telur
• 2 sudu susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 sudu tepung jagung
• 1/2 sudu teh lada putih
• 1 sudu teh garam
• 8 keping kraker gandum dihancurkan
• 5 kulit ketam yang dibersihkan
• Unsalted butter

Bahan Sos Buttermilk:

• 5 sudu mentega
• 10 ulas bawang putih dicincang halus
• 5 tangkai cili padi merah dihiris halus
• 2 tangkai daun kari
• 1 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 sudu tepung jagung
• 1/4 cawan air
• Gula, garam dan lada putih secukup rasa
• Bawang dan cili untuk hiasan

Tonton video di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)

Cara-cara:

• Pukul telur dengan tepung jagung
• Tambahkan bawang putih, cili, daun ketumbar, garam dan lada
• Tambahkan isi ketam dan gaul rata
• Sudukan isi ketam ke dalam kulit ketam kemudian taburkan serbuk roti
• Letakkan satu sudu teh mentega diatas
• Bakar didalam ketuhar pada suhu 190°C selama 20 minit
• Cairkan mentega pada api perlahan, kacau dengan kerap dan perlahan supaya tidak hangus
• Apabila mentega cair sepenuhnya, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau
• Tambahkan susu sejat penuh krim IDEAL® dan perasakan dengan garam dan lada
• Tambahkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa dan biarkan mendidih seketika
• Setelah mendidih, tambahkan bancuhan tepung jagung dan biar mendidih
• Tuang diatas ketam tadi dan sedia untuk dihidang

Roast Chicken with Milky Pan Gravy

Bahan-bahan:

• 1 ekor ayam (asingkan tulang belakang)
• 3 sudu minyak masak
• 2 ranting daun thyme
• 500ml air
• 1/2 biji lemon(diperah)
• 1/2 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 sudu besar mentega sejuk
• 1 sudu teh miso
• Sedikit garam
• Sedikit lada hitam

Tonton video di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nik Michael Imran (@nik9_)

Cara-cara:

• Panaskan ketuhar pada suhu 230°C
• Potong 1cm tulang belakang ayam dan tumis dengan 1 sudu teh minyak masak sehingga keperangan. Tambahkan air dan biarkan mendidih kemudian masukkan stok ayam
• Leperkan ayam di bahagian dada dan lap lembapan pada bahagian kulit dengan tuala dapur kemudian taburkan sedikit garam sebagai perasa
• Panaskan lebihan minyak pada api sederhana di dalam oven-safe pan. Letakkan bahagian berkulit pada permukaan kuali dan biarkan 2-3 minit sehingga keperangan. Kemudian tambahkan daun thyme ke dalam minyak Angkat, kemudian masukkan ayam dan oven-safe pan ke dalam ketuhar. Biarkan selama 20 minit supaya ayam masak secukupnya
• Setelah masak, keluarkan ayam dan biarkan sejuk seketika. Tuang minyak dari pan, panaskan, kemudian masukkan jus lemon, susu sejat penuh krim IDEAL® dan stok ayam
• Tutup api, kemudian masukkan miso, mentega dan lada hitam. Tuangkan sos diatas ayam dan sedia untuk dihidang

Jangan risau, masih ada resipi untuk dessert!

Kredit foto Seismik Makan

Kalau dah masak sedap-sedap tu, tak lengkaplah kan kalau tak ada dessert? Susu sejat penuh krim IDEAL® ni bukan sahaja boleh menjadikan masakan korang berkrim, tapi juga sesuai sebagai bahan membuat dessert.

Jom tengok resepi yang ada!

Banoffee Pie In A Jar

Bahan-bahan:

•300g  digestive biscuit
• 8 biji pisang yang dipotong
• 50g salted butter
• 70g gula perang
• 30g gula kastor
• 1 1/2 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 1/2 sudu teh bancuhan tepung jagung
• 1/2 sudu teh serbuk kopi segera
• 100g coklat
• 700ml whipping cream
• Jar

Tonton video di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)

Cara-cara:

• Hancurkan digestive biscuit menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk roti
• Pukul whipping cream sehingga gebu kemudian letak di dalam chiller
• Cairkan kedua-dua gula diatas pan sehingga gula larut dan menjadi karamel
• Tambahkan mentega, serbuk kayu manis, dan serbuk kopi segera kemudian masukkan susu sejat penuh krim IDEAL® dan kacau sehingga sebati
• Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga menjadi sedikit pekat
• Masukkan pisang dan tutup api
• Masukkan serbuk roti ke dalam jar, tambahkan filling pisang tadi sehingga 1/3 jar
• Tambahkan whipped cream
• Taburkan hirisan coklat diatasnya
• Tutup jar dan biar sejuk seketika sebelum siap dihidang

Pandan Tres Leches Cupcakes

Bahan-bahan:

• 125g tepung serbaguna
• 1.5 sudu teh serbuk penaik
• Secubit garam
• 5 butir telur (asingkan kuning dan putih)
• 200g gula pasir (bahagi dua)
• 80g susu full cream
• 2 sudu teh ekstrak pandan
• 1 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 tin susu pekat
• 70g whole milk
• Bekas kek cawan

Bahan-bahan Whipping Cream:

• 500ml heavy whipping cream
• 2 sudu teh gula ising
• Setengah sudu teh esen vanila
• Parutan gula melaka untuk hiasan

Tonton video di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nik Michael Imran (@nik9_)

Cara-cara:

• Panaskan ketuhar pada suhu 175 °C. Susun cawan kek dalam loyang saiz sederhana
• Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk sederhana
• Asingkan telur putih dan kuning dalam mangkuk berasingan
• Tambahkan 150g gula pasir ke dalam mangkuk berisi kuning telur, pukul sehingga kembang. Masukkan 80g susu, ekstrak pandan dan esen vanila kemudian kacau sehingga sebati
• Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan kacau perlahan sehingga sebati
• Pukul putih telur menggunakan pemukul elektrik pada kelajuan tinggi. Tambahkan lebihan gula pasir sedikit demi sedikit sehingga kembang
• Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sehingga sebati
• Tuangkan adunan ke dalam cawan kek
• Bakar selama 12-16 minit atau sehingga kek betul-betul masak. Kemudian sejukkan
• Campurkan susu sejat penuh krim IDEAL®, susu pekat dan susu segar di dalam satu mangkuk
• Sendukkan 2 sudu teh campuran susu ke atas kek
• Sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman supaya susu diserap sepenuhnya
• Pukul heavy cream, gula dan esen vanila sehingga kembang kemudian sudukan ke atas setiap kek. Taburkan parutan gula melaka sebagai hiasan dan siap untuk dihidang

Ha menarik kan resepi-resepi tu? Itu baru sikit tau!

Kalau korang nak lagi resepi-resepi menarik dari Chef-Chef selebriti tanah air, korang boleh je tengok dekat setiap tin susu sejat IDEAL® sebab dekat situ memang akan ada resepi khas untuk korang semua.

So tunggu apa lagi tu? Cepat dapatkan susu sejat penuh krim IDEAL® di kedai kedai yang berhampiran!



source https://ohbulan.com/resepi-ideal-fitri-bersama-anis-nabilah-dan-nik-michael-tak-best-lah-kalau-tak-ideal

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman