Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 27 April 2022

‘Janganlah Semudah Itu Nak Jadi Penyanyi’ – Ramlah Ram Titip Pesan Jangan Rosakkan Lagu Raya

Penyanyi Ramlah Ram meluahkan rasa tidak bersetuju apabila lagu Aidilfitri ‘ditambah’ dengan elemen moden dan keterlaluan. Baginya, dia sentiasa jatuh hati dengan lagu Aidilfitri yang mengandungi unsur tradisional.

Biarlah diterima akal

Menurut penyanyi kelahiran Muar, Johor ini, karya muzik yang dihasilkan itu biarlah diterima akal dan menepati cita rasa pendengar. Namun, mungkin ada yang menganggap bahawa ia adalah karya yang bertujuan untuk tular sahaja serta hanya diterima akal.

Kalau saya secara peribadi, saya tak setuju kalau lagu Aidilfitri nak dimodenkan sangat dan keterlaluan.

Ujarnya lagi, dia yang sudah berdekad menjadi anak seni dalam industri tidak mahu industri seni hiburan tanah air ‘diracuni’ oleh karya atau individu seperti itu.

Kalau orang yang nak menyanyi, biarlah dia boleh menyanyi dan janganlah semudah itu nak jadi penyanyi. Kita yang cintakan muzik tak mahu diracuni dan dirosakkan oleh benda sebegini.

Bergantung selera masing-masing

Tambah penyanyi berusia 57 tahun ini lagi, bukan hanya lagu Aidilfitri sahaja tetapi lagu-lagu yang lain juga tidak perlu dirosakkan dengan menambahkan elemen-elemen yang tidak patut, namun siapalah dia untuk menegakkan pendapatnya sendiri.

Ia bergantung selera masing-masing. Saya sendiri sukakan lagu yang ada elemen tradisional yang mana mampu mengimbau kenangan.

Sumber : Harian Metro



source https://ohbulan.com/janganlah-semudah-itu-nak-jadi-penyanyi-ramlah-ram-titip-pesan-jangan-rosakkan-lagu-raya

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman