Foto: Fedtri Yahya
Pengacara dan penulis lirik terkenal Fedtri Yahya menegur segelintir penyanyi yang diundang untuk membuat persembahan pada majlis berbuka puasa supaya menghormati golongan anak-anak yatim dan tahfiz.
Tak manis joget bersama
Foto: Fedtri Yahya
Menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya, Fedtri menceritakan dia pernah melihat sendiri kelakuan penyanyi yang mengajak anak-anak yatim dan tahfiz ini untuk berjoget bersama mereka di atas pentas sebaik sahaja kanak-kanak ini selesai menunaikan solat Maghrib.
Sekarang dah banyak aktiviti buka puasa yang panggil anak yatim, anak-anak tahfiz, dan terkejut saya bila mana pernah berlaku, ada persembahan di pentas lepas berbuka, lepas solat Maghrib, ada yang menyanyi lagu raya, berjoget.
Tapi yang paling terkejut bila orang yang menyanyi tu panggil pulak anak-anak yatim dan tahfiz yang baru lepas balik surau untuk berjoget melompat bersama.
Tambahnya lagi, tiada keperluan untuk mengajak anak-anak yatim dan tahfiz ini untuk berjoget bersama kerana perbuatan tersebut jelas tidak manis dan akan menjejaskan nama baik mereka.
Jangan aibkan diri
Foto: Fedtri Yahya
Menurut penulis lirik itu lagi, penyanyi yang diundang perlulah menjaga adab mereka supaya tindakan yang dianggap mengaibkan itu tidak terkena pada diri sendiri.
Budak-budak tahfiz tu macam terpinga-pinga kenapa kena buat semua ni, kena terkinja-kinja. Mereka kemudian meminta diri, makan dan terus keluar.
Jadi kita yang buat persembahan ni kena ada common sense, pertimbangan. Yang sesuai, kita rasa sesuai. Yang tak sesuai jangan buat nanti akan mengaibkan diri kita dan menjatuhkan reputasi anak yatim dan tahfiz itu sendiri.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada warganet.
Video penuh
View this post on Instagram
Sumber: Fedtriyahya
source https://ohbulan.com/fedtri-yahya-tegur-penganjur-majlis-berbuka-ajak-anak-yatim-pelajar-tahfiz-berjoget-atas-pentas