Cukup pakej! Dikurniakan wajah yang tampan dan pandai berlakon, pelakon sedang meningkat naik, Nadhir Nasar berjaya mengumpul lebih ramai peminat dalam kalangan wanita.
Potong rambut pendek
Tampil dengan imej baharu, Nadhir, 25, mengejutkan ramai orang apabila berkongsi foto dirinya dengan stail rambut pendek di Instagram (IG).
Biarpun sebelum ini penampilan rambut panjang yang digilai kaum hawa namun perubahan yang dibuat pemilik nama Ahmad Nadhir Ahmad Nasar mendapat respon positif dalam kalangan wargamaya.
Hasil tinjauan OhBulan!, rata-rata pengikut menyukai dengan ‘haircut’ baru malah terus cair hati melihat Juara Hero Remaja 2020.
@sofea.msrxh: Ni kenapa nampak makin hensem ni?
@ijmal_14: Cantiknya rambut hehehe.
@elyaadrnaa: Hensem dia lain macam.
@thvprincesss: Hot gila baby.
@justmeenzainithoughts: Hensem la awak, haish jom la kahwin.
Sanggup demi naskah
Ketika ditanya OhBulan!, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta menyatakan tawaran lakonan selepas Hari Raya Aidilfitri ini memerlukan dia berambut pendek.
Namun, Nadhir yang juga mesra dengan panggilan Lucky ini secara jujurnya lebih memilih gaya rambut panjang.
Hampir dekat dua tahun saya simpan rambut panjang. Saya suka dengan rambut panjang tetapi apabila dah potong pendek maksudnya it’s something serious coming in. Insya-Allah lepas raya ini akan mula penggambaran.
Saya sanggup buat apa sahaja termasuklah botakkan rambut sekiranya memang itu naskah yang saya nak buat. Nak suruh saya jadi apa pun saya akan buat (watak).
Tetapi sejujurnya saya suka rambut panjang. Untuk saya rambut panjang lagi nampak matang dan berseni. Ala-ala macam M. Nasir dan Jamal Abdillah dulu. Nanti saya akan simpan balik of course.
Sumber: Instagram @nadhirnasar_
source https://ohbulan.com/dua-tahun-simpan-rambut-panjang-imej-baru-nadhir-nasar-bikin-peminat-wanita-tak-keruan