Bulan Ramadan bukan sahaja mengajar kita untuk menahan lapar dan dahaga bagi merasai kesusahan mereka yang tidak bernasib baik, tapi melalui bulan yang mulia ini juga, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan amal dan saling bantu-membantu.
Turut tidak ketinggalan dalam menyahut seruan ini adalah jenama minuman terkemuka Coca-Cola yang telah puluhan tahun menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Coca-Cola Malaysia ‘Real Magic’ rai ‘keajaiban’ bersama Rakyat Malaysia
Mengangkat falsafah mereka yakni ‘Real Magic’, Coca-Cola Malaysia percaya dalam kebersamaan kita mampu membawa keajaiban kepada masyarakat dan berazama untuk sentiasa berusaha meningkatkan mutu hidup orang ramai.
Malah, sejak 10 tahun lalu, Coca-Cola sudah bergiat aktif bersama Muslim Aid Malaysia dalam membantu orang ramai sebagai usaha menambahbaik taraf hidup komuniti.
Tahun ini mereka masih meneruskan tradisi sama dengan tekad untuk berkongsi kegembiraan, terutama sekali dalam masa yang mencabar sekarang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah program Fast2Feed bagi meraikan golongan kurang berkemampuan.
Fast2Feed bersama Muslim Aid Malaysia
Bermula 3-27 April nanti Coca-Cola Malaysia bersama Mydin, Marrybrown dan Muslim Aid Malaysia bakal berkunjung ke 22 lokasi termasuk Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk menyampaikan hamper makanan dan duit raya kepada lebih 4,000 penerima.
Memetik kata-kata Habsah Marjuni, Ketua Pegawai Operasi, Muslim Aid Malaysia. Mereka berterima kasih kepada Coca-Cola Malaysia di atas dedikasi dan sokongan berterusan yang diberikan sejak 2010 lagi, agar bantuan dapat disampaikan kepada lebih ramai komuniti yang kurang berkemampuan.
Bawa shopping baju raya!
Persiapan menjelang syawal boleh dikatakan antara momen gembira yang paling dinanti-nanti, tapi tak semua orang bernasib baik untuk merasai pengalaman ini. Maka, Coca-Cola Malaysia bersama Mydin mengambil inisiatif untuk belanja keseluruhan 200 orang anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di Seremban serta Tunjong agar dapat shopping sakan!
Kata pengarah Mydin, Datuk Dr Ameer Ali “Kami akan terus menghulurkan tangan dan berharap kerjasama ini akan membawa kegembiraan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik pada Aidilfitri ini”
Fast2Feed – Iftar Ramadan
Coca-Cola Malaysia dan Marrybrown turut mengambil peluang untuk menjalinkan kerjasama bersama Masjid Enstek dan Masjid Salak Tinggi bagi mengadakan sesi iftar buat para pekerja kilang Coca-Cola Malaysia di kawasan sekitar bersama komuniti setempat.
Usaha ini bukan sahaja dapat memastikan kebajikan pekerja terjamin tetapi sekaligus dapat mengeratkan ukhuwah diantara penduduk dan pekerja di kawasan tersebut.
Khusus untuk acara berbuka ini, Marrybrown bakal menyediakan hidangan istimewa mereka iaitu MB Nasi Lemak untuk dinikmati bersama.
“Di Marrybrown, kami percaya hidangan yang disediakan adalah untuk dikongsi dan cara yang baik meraikan Ramadan adalah dengan berkumpul beramai-ramai sambil menikmati keenakan hidangan yang ada. Kami sangat bersyukur dapat turut serta menyajikan hidangan kami kepada mereka yang memerlukan” Ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif, Marrybrown.
Coca-Cola Malaysia turut tawar promosi istimewa sempena Ramadan!
Bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan kali ini, Coca-Cola Malaysia turut menawarkan minuman percuma serta barangan edisi terhad untuk korang!
Haa.. Cara nak menangnya mudah je tau, korang hanya perlu beli minuman yang termasuk dalam promosi ini di rangkaian kedai yang terpilih.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan Coca-Cola Malaysia korang boleh klik di SINI. Sementara untuk menjadi sebahagian daripada kempen Fast2Feed dan menderma, korang boleh ke http://muslimaid.org.my/fast2feed/ kemudian ikuti langkah yang seterusnya.
Semoga sumbangan korang bakal membawa kebahagiaan buat mereka yang menerima :)
source https://ohbulan.com/coca-cola-malaysia-salur-sumbangan-kepada-lebih-4000-orang-sebagai-tanda-terima-kasih-kepada-komuniti