Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 25 April 2022

Buat Kuih Raya Pukul 4 Pagi, Sekali Semperit ‘Kembang’ Sebab Salah Tepung

Foto: Zaimah Malik via Masak Tak Jadi Apa Hari Ini

Tujuh hari (anggaran) menuju sambutan Hari Raya Aidilfitri, pelbagai persiapan giat dilakukan termasuklah membeli baju raya, buat kuih raya dan lain-lain lagi. Perayaan tahun ini nampaknya lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini berikutan pihak kerajaan telah memberi kebenaran untuk warga kota merentas negeri.

Artikel Berkaitan: Kenangan Raya Dulu-Dulu Yang Dah Lama ‘Hilang’, Memang Menggamit Memori!

Semperit tak jadi…

Zaimah Malik via Masak Tak Jadi Apa Hari Ini

Namun di sebalik ‘kesibukan’ melakukan persiapan raya, tersingkap satu kisah lucu dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Zaimah Malik menerusi kumpulan Masak Tak Jadi Apa Hari Ini di laman Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, wanita ini menceritakan kuih semperitnya tidak menjadi seperti biasa berikutan menggunakan tepung pulut.

Semperit tak ada rupa, tak cantik. Gara-gara pukul 4 pagi bangun sahur macam ini la jadi dia. Nak nangis ka sedih ka gelak la.

Ujar wanita ini lagi, proses membuat kuih semperit itu dilakukan pada pukul empat pagi dan dia turut akui mengantuk ketika itu. Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, dapat dilihat bentuk semperit yang ‘mengembang’ dan tidak mengikut bentuk asalnya.

Tepung pulut dengan tepung gandum pun dah tak kenal oi. Buat kuih mata tak celik sebab tahan mengantuk. Semperit tepung pulut dalam sejarah.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kisah yang dikongsi dan ada juga yang bermurah hati berkongsi resipi mudah membuat kuih semperit.

Sumber: Zaimah Malik via Masak Tak Jadi Apa Hari Ini



source https://ohbulan.com/buat-kuih-raya-pukul-4-pagi-sekali-semperit-kembang-sebab-salah-tepung

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman