Sekadar gambar hiasan
Pengakuan yang dibuat oleh seorang lelaki di Kabupaten Serang, Banten, Indonesia selepas didakwa membunuh isteri dan anaknya pada Jumaat lalu (8/4/2022) mengejutkan pihak polis.
Pengakuan yang mengejutkan
Foto: Tribun News
Menerusi laporan media tempatan, suspek, Supriyadi, 44, didakwa membunuh kedua-dua ahli keluarganya berikutan faktor ekonomi dan dia dipercayai mempunyai hubungan sulit. Ujar Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Serang Ajun Pesuruhjaya Polis (AKP), Dedi Mirza, hasil siasatan mendapati perniagaan kain yang dijalankan mengalami masalah tahun ini dan suspek dikatakan turut meminjam wang daripada orang lain bagi membiayai kehidupan keluarganya.
Suspek dikatakan sama sekali tidak pernah bergaduh dengan isterinya dan mereka dikenali sebagai keluarga yang harmoni. Ketika insiden itu berlaku, suspek bertindak membunuh isteri dan anaknya yang berada di bilik tidur sebelum waktu Subuh menggunakan pisau tajam.
Dari lokasi, kami melihat kesan darah bertaburan dari ruang tamu hingga ke bilik tidur.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun atau 20 tahun.
Sumber: Tribun News
source https://ohbulan.com/bisnes-semakin-merudum-tanggung-hutang-suami-tergamak-bunuh-isteri-anak-sendiri