Siapa tak kenal si cantik manis Tyra Kamaruzzaman, seorang influencer dan juga pengasas jenama kecantikan tempatan, BeauTyra. Sejak memperkenalkan jenamanya pada tahun 2018, Tyra kini telah mempunyai enam koleksi kosmetik yang terdiri daripada pembayang mata, pemerah pipi, highlighter dan hair mist.
Baru-baru ni, BeauTyra telah melancarkan satu lagi produk terbaru di dalam koleksi ‘Hair-To-Toe-Mist’ iaitu TK Boss Collection. Berinspirasikan dari kehidupan Tyra sendiri, koleksi TK Boss ini diilhamkan untuk memberi inspirasi kepada semua wanita khususnya wanita yang berani dan berdikari.
Terokai Keberanianmu bersama TK Boss Collection
Kalau korang nak tahu, TK Boss merupakan koleksi ketiga yang telah dilancarkan oleh BeauTyra dan menampilkan wangian atau mist yang sesuai digunakan untuk rambut dan seluruh badan. Senang cerita, korang boleh sembur from head to toe!
Berbeza dari koleksi wangian yang sebelumnya dengan 3 wangian buah-buahan, TK Boss mempunyai 3 pilihan haruman berbeza iaitu ‘I Feel Like’, ‘Lurvee’ dan ‘Creamy Goddess’. OMG, memang wangian ketiga-tiga ni best sangat dan sesuai untuk korang gunakan dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
I Feel Like
Diperkaya dengan aroma bunga dan sitrus, haruman ni akan buat korang terasa segar dan berbau harum sepanjang masa! Bila sembur je korang akan ada perasaan ‘I Feel Like..’
Lurvee
Sukakan bau manisan? Lurvee adalah pilihan yang sesuai untuk korang kerana ia sarat dengan aroma hirisan strawberi di atas kek dengan sedikit bau creamy dari krim putar. Memang Lurvee!
Creamy Goddess
Aroma harum vanilla dan caramel dari waffle akan menyerlahkan the ‘Creamy Goddess’ dalam diri korang! Sekali sembur je bau sweet dari wangian ni akan membuatkan keyakinan diri korang meningkat!
Jom dapatkan TK Boss Collection hari ini juga!
Untuk pengetahuan korang, TK Boss Collection dah pun mula dijual pada 24 Mac dan korang boleh dapatkannya di laman web Beautyra, Shopee ataupun melalui agen Beaubosses mereka dengan harga RM50 setiap satu. Tapi! Sekarang tengah ada promosi tau, korang boleh beli setiap satu pada RM40 je! Haa.. Apa tunggu lagi girls, jomlah grab TK Boss hari ini juga!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Instagram @beautyraofficial.
source https://ohbulan.com/beautyra-lancar-koleksi-hair-to-toe-mist-dengan-3-wangian-berbeza