Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 28 April 2022

‘Aliff Syukri Nak Memondan Saja, Bukan Sebab Publisiti’ – Damian Mikhail

Nama usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri kembali ‘panas’ gara-gara klip video muzik (MV) lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Bukan sebab duit!

Susulan itu, anggota kumpulan V.E yang juga komposer dan penerbit lagu, Damian Mikhail bersuara lantang menerusi hantaran di Instagram (IG).

Menurut Damian, 44, usahawan kosmetik itu tidak mengejar publisiti mahupun duit tetapi sekadar mahu ‘memondan’ dalam MV itu.

Kena tindakan undang-undang

Dalam pada itu, pemilik nama Damian Mikhail Seet berharap agar pelantun lagu Abang Nak Tegur dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menghormati bulan suci Ramadan.

Sekadar info, ini bukan kali pertama Aliff terpalit dengan kontroversi kerana pada tahun 2018 beliau memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata dalam video muzik bertajuk ‘Bobo Di Mana?’

Sumber: @damianmikhailmusic



source https://ohbulan.com/aliff-syukri-nak-memondan-saja-bukan-sebab-publisiti-damian-mikhail

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman