Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Memetik petikan dari muftiwp.gov.my, hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad dari sudut petunjuk dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.
(Surah al-Baqarah: 43)
Pejam celik dah hampir sebulan kita berpuasa! Masyaallah, tahun ni lain betul nikmat berpuasa lebih-lebih lagi kita tidak lagi dalam fasa pandemik jadi, kita dapat meluangkan masa berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Rasa teruja, sebak semua ada! Tak sangka akhirnya kita kini dapat kembali bukan sahaja berpuasa bersama tetapi dapat juga beraya bersama-sama!
Ha, tapi dalam keterujaan korang tu, korang jangan lupa Rukun Islam ke-3 iaitu menunaikan zakat! Lebih-lebih lagi masa 10 malam terakhir ni. Jangan risau, sekarang lebih mudah.
Ada 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari!
Korang jangan khuatir, jangan takut sebab kaunter PPZ ni dibuka setiap hari sepanjang Ramadan dari pukul 8.15pagi sehingga 4.30 petang. Waktu operasi ni termasuklah ketika cuti umum!
Korang boleh pilih mana-mana kaunter dibawah ni untuk pergi:
- Taman Shamelin Perkasa
- Plaza Rah Kg.Baru
- Masjid Negara
- KLSC Wangsa Maju
- Presint 9 Putrajaya
- Presint Diplomatik Putrajaya
- Taman Tun Dr Ismail
- Kepong
- UTC Pudu Sentral
- Labuan
Online pun boleh! Lagi mudah dan cepat!
Admin faham, korang mesti tak sempat nak pergi ke kaunter-kaunter ni secara fizikal betul tak? Ada yang sempat tapi terlupa pulak. Dah malam baru teringat.
Ha tak apa, korang juga boleh bayar zakat secara online! Pukul 3 pagi pun boleh bayar. Korang boleh klik je link dekat bawah ni:
- Zakat Fitrah – fitrah.zakat.com.my
- Zakat Harta – zakat.com.my
Selain tu korang juga boleh download aplikasi MyZakat dekat sini!
Mudah kan? Ambil masa beberapa minit je guys nak lengkapkan transaksi ni. Marilah kita sama-sama menunaikan zakat kita tahun ini.
source https://ohbulan.com/10-kaunter-zakat-ppz-dibuka-untuk-pembayaran-zakat-online-pun-boleh