Sejak akhir-akhir ini, banyak jenama yang menjual baju Melayu berjaya mendapat perhatian sehinggakan mampu menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit.
Peluang ini juga tidak dilepaskan anak kepada Datuk Seri Vida, Kacak atau nama sebenarnya Eric Zecquan Muhd Amin yang turut memperkenalkan baju melayu jenamanya sendiri sekitar seminggu yang lalu.
Artikel Berkaitan: Dina Nadzir & Cik B Mahu Wanita Bersaiz ‘Comel’ Terus Yakin Dengan Diri – ‘Sekarang Bukan Lagi Zaman Taboo’
Artikel Berkaitan: Didakwa Kedai Boba Cik B Disihir, Vida Enggan Dedah Individu Yang Lakukan Khianat
Artikel Berkaitan: Tomok Dapat Rezeki Yang Tidak Disangka Selepas Insiden Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku
Hadiahkan pekerja stesen minyak
Terbaru, Kacak berkongsi satu video mendedahkan seorang pekerja berbangsa Bangladesh di sebuah stesen minyak memuji reka bentuk baju yang dipakainya dan memaklumkan dirinya masih belum mempunyai sepasang baju melayu sempena Hari Raya yang akan tiba.
Mendengar jawapan diberikan pekerja tersebut, Kacak kemudiannya menghadiahkan sepasang baju Melayu jenamanya sendiri kepada pekerja tersebut.
Tadi saya pergi pam minyak, lepastu pekerja tu cakap baju Melayu saya cantik. Dia suka. Saya tanya dia dah beli baju raya ke belum?
Dia kata belum lagi. Tak apa kita nak bagi dia baju raya, jom!
@kacak.officialmy Abang petronas belum ada baju raya ? #bajuraya2023 #bajumelayuslimfit #bajumelayukacak #fyp #foryou #masukberandafyp #raya2023 @????? ??????? ? Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat
Difahamkan juga, baju Melayu jenama Kacak itu masih lagi belum dirasmikan serta dijual ketika waktu kejadian.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu terharu dan memuji sikap murni kacak yang menghadiahkan pekerja tersebut baju melayu keluarannya meskipun belum mula terjual.
Sumber: TikTok
source https://ohbulan.com/video-netizen-kagum-dengan-kacak-hadiahkan-pekerja-pam-minyak-baju-melayu-jenama-sendiri