Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 12 April 2023

Hadir Majlis Iftar Ketika Masih Berpantang, Datin Shahida Dikritik Netizen – ‘Tak Sayang Diri Sendiri Ke’

Seperti yang kita tahu, isteri kepada Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida telah pun selamat melahirkan zuriat mereka yang keenam pada 3 April yang lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Anak Kali Ini Amat Mencabar’ – Aliff Syukri Susah Hati Tengok Isteri Tahan Sakit Bersalin

Artikel Berkaitan: 15 Jam Bertarung Nyawa, Isteri Aliff Syukri Selamat Lahirkan Anak Keenam

Masih berpantang

Namun, baru genap seminggu tempoh berpantang selepas bersalin, Shahida dilihat sudah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran D’Herbs.

Menerusi hantaran dimuat naik Shahida di Instagram (IG), difahamkan kehadirannya ke majlis berbuka puasa itu adalah untuk menunaikan janjinya kepada kesemua pekerja D’Herbs.

Demi janji saya pada semua staff saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke 7. Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabila melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya.

Mereka ini semua lah tulang belakang saya dan Syarikat. Tanpa mereka mustahil untuk kami bertahan selama 15 tahun hingga ke hari ini.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen risau melihat keadaan Shahida yang banyak bergerak meskipun baru beberapa hari dalam tempoh berpantang namun, ada juga yang tampil mempertahankan Shahida yang mempunyai pengalaman dalam berpantang selepas melahirkan enam orang cahaya mata.

Untuk info, usia perkahwinan Nur Syahida dan Aliff Syukri kini memasuki tahun yang keenam belas selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 yang lalu.

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/hadir-majlis-iftar-ketika-masih-berpantang-datin-shahida-dikritik-netizen-tak-sayang-diri-sendiri-ke

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman