Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 6 April 2023

Tak Sampai 24 Jam Kerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari -‘Terima Kasih Transit Rumah Saya’

Penyanyi Sharifah Zarina meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumah yang baru sahaja diambil bekerja pada Rabu lalu telah melarikan diri pada pagi Khamis.

Artikel berkaitan: Pembantu Rumah Dipenjara, Padah Gigit Bayi Enggan Tidur

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Sebak Berpisah Dengan Pembantu Rumah Selepas 25 Tahun Berkhidmat

Artikel berkaitan: Ditegur Fasal Cuci Pinggan… Bibik Fad Bocey Lari Dari Rumah, Rupanya Dari Awal Memang ‘Kaki Temberang’

Belum 24 jam kerja sudah lari

Menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram, Zarina, 41, berkata pembantu rumah yang merupakan seorang warganegara Indonesia itu telah melarikan diri kurang daripada tempoh 24 jam selepas diambil bekerja.

Bagaimanapun, Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan menganggap tiada rezeki buat dirinya selain berharap tiada barang yang hilang dalam kediamannya.

Tak tahu lah nak marah ke nak gelak. Ambil pukul 10 malam tadi (Rabu), pukul 4 pagi (Khamis) sudah kabur (lari). Mahu ke mana kamu? Sudah ada yang menunggu ya?

Tak apalah, bukan rezeki saya. Harap-harap tak ada lah apa-apa barang yang dicuri. Nak transfer duit dekat ejen pun tak sempat lagi dan bye-bye macam itu ya. Nasib baik, kalau tak aniaya.

Peringatan buat orang ramai

Menurut pelantun lagu Langit Ke Tujuh itu lagi, tujuan dia memuat naik perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan buat orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya mengambil pembantu rumah berkenaan.

Saya kongsi perkara ini untuk peringatan dekat semua kalau la ada lagi dia ini muncul nak kerja jadi pembantu rumah korang. Jadi tolong peka.

Susah sungguh nak ambil pembantu sekarang ya. Gaji RM1,500 (permulaan) pun nak lari. Lepas tiga bulan naik lagi gajinya. Dah la saya ini bukannya ada anak kecil, semua dah besar buat hal masing-masing.

Maklumkan jika tak serasi

Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya itu berkata dia pernah berpesan kepada pembantu rumah berkenaan sekiranya tidak ingin bekerja lagi hanya perlu memaklumkan kepada dirinya.

Saya cakap dekat dia sapu rumah seminggu sekali cukup, cuci tandas seminggu dua kali sahaja sudah, jangan fikir sangat buat kerja rumah.

Padahal saya sudah cakap kalau tidak serasi beritahu je, saya hantar balik pada ejen, tetap tetap mahu lari di subuh hari ya. Minta viral ya, terima kasih transit di rumah saya. Towel je yang di kebas.

Sumber: Instagram Sharifah Zarina



source https://ohbulan.com/tak-sampai-24-jam-kerja-pembantu-rumah-sharifah-zarina-lari-terima-kasih-transit-rumah-saya

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman