Pelakon, Nur Aaira Mahdeya, 32, atau Pachara mempersoalkan tindakan suami, Muhammad Afiq Muiz, 31, yang enggan melepaskan dirinya secara baik.
Bukan itu sahaja, Pachara mendakwa Afiq seolah-olah sengaja melengah-lengahkan prosiding tuntutan fasakh apabila membuat kemunculan secara mengejut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, semalam.
Artikel berkaitan: Afiq Muiz Hadir Prosiding Tuntutan Fasakh
Mempermainkan kakitangan peguam
Menerusi laporan Berita Harian, kes tuntutan fasakh dikemukakan Pachara ditangguh dan disebut semula pada 15 Jun depan.
Terang-terangan dia mengata isteri sendiri, seolah-olah saya teruk sangat. Dia memalukan saya selain mendera saya secara fizikal dan mental. Kalau saya seorang yang teruk, kenapa dia tidak lepaskan sahaja? Carilah isteri yang dapat tahan dengan dia. Apa yang dia mahukan sebenarnya?
source https://ohbulan.com/kalau-saya-seorang-yang-teruk-kenapa-dia-tidak-lepaskan-sahaja-pachara-dakwa-afiq-sengaja-lengah-masa