Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 12 April 2023

‘Seksi-Seksi Macam Ini Tak Berkenan’ – Nenek Tegur Imej Seksi Syasya Dolla

Pelakon veteran, Rozie Othman yang juga nenek kepada salah seorang anggota kumpulan Dolla, Syasa, menasihati cucunya agar sentiasa menjaga pemakaiannya dengan tidak memakai pakaian yang mencolok mata.

Arikel Berkaitan: Bukan Nak ‘Jolok Sarang Tebuan’, Dolla Teringin Buat Persembahan Di Kelantan

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Menyamar Tapi Sedang Buat Pemantauan ‘ – Polis Nafi Dakwaan Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri

Sudah menjalankan tanggungjawab

Pemilik nama sebenar Rasnah Othman itu berkata dia sudahpun menjalankan tanggungjawabnya untuk menasihati Syasya agar tidak tampil dengan pemakaian sebegitu sehingga menjadi perhatian dan dikecam oleh warganet.

Mengenai pemakaian seksi Syasya itu saya tahu dan sudah cuba menasihatinya. Saya cakap pada dia, seksi-seksi macam ni, nenek tak berkenan. Kurangkan, cuba ubahlah.

Saya pun dulu pernah muda seperti dia, jadi fahamlah juga jiwa orang muda ini. Cuma, apa yang saya harap dia dapat terima nasihat diberikan itu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 60 tahun itu juga tetap mendoakan cucunya itu.

Saya doakan yang baik-baik untuk dia agar mendapat hidayah daripada Allah. Saya juga berharap dia akan terus berjaya di dalam karier seni diceburinya ini. Dia masih muda dan perjalanan juga jauh lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komenwel memberitahu setelah lima tahun berehat kerana mengalami masalah jangkitan paru-paru, dia kini dia kini sudah kembali aktif di dalam dunia lakonan.

Alhamdulillah, sekarang tahap kesihatan saya semakin pulih, sihat dan sudah boleh aktif berlakon semula. Jadi, bagi produksi yang ingin memberi tawaran lakonan, saya alu-alukan.

Tapi, saya harap tawaran bayaran juga berpatutan dan jangan bersikap diskriminasi kepada pelakon lama kerana kami komited dengan tanggungjawab pada watak digalas. Kami berlakon kerana minat dan ia sudah sebati dengan jiwa.

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/seksi-seksi-macam-ini-tak-berkenan-nenek-tegur-imej-seksi-syasya-dolla

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman