Semalam, viral di media sosial mengenai kisah seorang Tiktokers yang didakwa curang. Menurut isteri kepada Tiktokers tersebut, suaminya didakwa menjalin hubungan dengan pekerja sendiri.
Artikel berkaitan: ‘I Bagi You Kerja, Bukan Bagi Suami I Tau’- TikTokers Curang Dengan Staf, Siap Check In Masa Isteri Berpantang?
Berikutan daripada kisah tersebut, Tiktokers berkenaan memberitahu dia akan tampil memberi penjelasan berhubung isu viral berkenaan.
Saya akan terangkan
Menerusi beberapa tangkap layar yang dikongsikan di Twitter, Tiktokers tersebut memberitahu dia akan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut tidak lama lagi.
Menurut Tiktokers itu lagi, dia dan isteri sudah bercerai pada tahun lalu. Tambahnya, kes yang berlaku sekarang dipercayai melibatkan soal anak.
Disoal mengenai kejadian menampar isteri, Tiktokers tersebut berkata dia bakal memberi penjelasan mengenai hal itu juga.
Terdahulu, isteri kepada TikTokers tersebut yang dikenali sebagai Shermine Hau-Ah Moi telah memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra suaminya di WhatsApp bersama wanita berkenaan.
Berdasarkan perbualan tersebut, kedua-duanya dilihat mula berkongsi kasih sayang, meluahkan rasa cinta, mahu berpelukan di tangga, memakai baju sedondon dan sebagainya.
Bercerita mengenai kisah rumah tangganya, Shermine memberitahu pada September tahun lalu suaminya telah bercuti ke Bali, Indonesia sendirian kononnya mahu tenangkan diri tetapi rupa-rupanya dia ke sana bersama skandalnya.
Sumber: Twitter
source https://ohbulan.com/saya-dah-cerai-dengan-ahmoi-tahun-lepas-tiktokers-viral-bakal-beri-penjelasan