Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 20 April 2023

Penyanyi Moonbin ASTRO Ditemukan Mati Dalam Rumah

Dunia hiburan Korea Selatan semalam dikejutkan dengan berita kematian seorang anggota kumpulan muzik popular Astro iaitu Moonbin.

Moonbin meninggal dunia

Memetik laporan Soompi, Moonbin yang juga merupakan seorang pelakon dan model terkenal dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di daerah Gangnam, Seoul. Mayat anak seni yang cukup berbakat ini ditemukan dalam keadaan terbaring oleh pengurusnya sekitar pukul 6.10 petang. Susulan daripada itu, pengurusnya segera menghubungi pihak polis.

Menurut jurucakap polis Gangnam Seoul, penyanyi berusia 25 tahun itu dipercayai membunuh diri. Namun siasatan lanjut berhubung punca kematian masih dijalankan.

Kelihatan seperti Moonbin mengambil nyawanya sendiri. Kami sedang membincangkan mengenai kemungkinan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sementara itu, pengurusan Korea Selatan yang mewakili kumpulan Astro iaitu gensi Fantagio kemudian mengesahkan berita berkenaan dan meminta orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan khabar angin tidak berasas.

Sumber: Soompi



source https://ohbulan.com/penyanyi-moonbin-astro-ditemukan-mati-dalam-rumah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman