Di Instagram, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof memuat naik foto bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah.
Artikel berkaitan: ‘Jauhkanlah Hati Daripada Berprasangka Buruk Terhadap Orang Lain Terutama Emak Sendiri’ – Yusof Haslam
Artikel berkaitan: ‘Jangan Biarkan Mereka Berdua Memalukan & Menjatuhkan Maruah Jawi’ – Puteri Sarah
Artikel berkaitan: ‘Isteri Kedua Saya Memang Dengar Kata, Tak Pernah Keluar Kenyataan Apa Pun’ – Syamsul Yusof
Artikel berkaitan: ‘I Take All The Blame & Responsibility’ – Syamsul Yusof Tak Mahu Isu Dengan Aaron Aziz Berpanjangan
Ayah busyuk
Menerusi posting tersebut, Syamsul kelihatan memeluk kedua-dua orang anaknya. Wajah Syaikhul dan Sumayyah kelihatan sangat gembira tatkala bersama ayah mereka. Bukan itu sahaja, Sumayyah kelihatan mencium pipi Syamsul ketika foto tersebut diambil.
Ayah busyuk #biggestblessing #ramadhankareem
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat Syamsul meluangkan masa bersama anak-anaknya. Netizen turut berharap, Syamsul akan sentiasa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah meskipun kemelut rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah Liyana masih belum selesai di mahkamah.
Terdahulu, Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai dengan Syamsul. Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diadakan pada 22 Mac tempoh hari gagal menemui jalan penyelesaian.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak tahun 2020, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Sumber: Syamsul Yusof
source https://ohbulan.com/muat-naik-foto-bersama-anak-di-ig-netizen-gembira-tengok-syamsul-yusof-bahagia