Umum mengetahui, selepas berpisah dengan isteri pertama, pelakon dan pelawak Chot XOXO telah mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama pilihan hatinya bernama Zurina yang juga kakak kepada penyanyi, Syura Badron.
Artikel berkaitan: Chot Raja Lawak Belum Bersedia Beri Kenyataan Isu Berkahwin Dengan Kakak Penyanyi Terkenal
Artikel berkaitan: ‘Zurina Selalu Mengingatkan Saya Mengenai Nafkah Anak & Insurans’ – Chot Raja Lawak
Tak boleh jumpa anak?
Pun begitu, baru-baru ini Chot menerusi satu hantaran di Instagam Stories (IG Story) miliknya ada memuat naik keratan artikel mengenai berita pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali yang masih berkomunikasi demi anak biarpun sudah berpisah pada 2021.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kapsyen yang ditinggalkan Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan.
Pada hantaran berkenaan, pelawak itu seakan memberi bayangan bahawa bekas isteri pertamanya, Siti Zafirul Azzah tidak memberi peluang atau mengizinkan untuknya berhubung dengan anak mereka selepas bercerai.
Untunglah ada ruang komunikasi dengan anak!
Namun, sehingga kini tiada penjelasan lanjut yang dikeluarkan oleh Chot mengenai hantaran tersebut.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Siti Zafirul mendedahkan rumah tangganya bersama Chot goyang dan musnah disebabkan wujud orang ketiga yang didakwa merujuk kepada Zurina Badron. Namun, Chot ketika itu enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya.
Sumber: Instagram Chot XOXO
source https://ohbulan.com/chot-xoxo-beri-bayangan-bekas-isteri-halang-jumpa-anak-untunglah-ada-ruang-komunikasi-dengan