Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 2 Februari 2023

[VIDEO] Hadiahkan Rumah, Wawa Zainal Sebak Ibu Bapa Setuju Tinggal Di Semenanjung

Pelakon yang juga seorang usahawan, Wawa Zainal berkongsikan rasa gembira dan syukurnya selepas kedua-dua ibu bapanya yang berasal daripada Sabah membuat keputusan untuk menetap di Semenanjung.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Berlumba Untuk Jadi Dominan’ – Aeril Zafrel

Artikel Berkaitan: Hampir Cecah 10 Tahun Usia Perkahwinan, Aeril Zafrel Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Jadi Budak-Budak, Tak Perlu Serius Sangat’

Hadiahkan rumah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, di Instagram (IG) miliknya, dia menghadiahkan rumah yang telah diubah suai supaya kedua ibu bapanya dapat mendiaminya dengan selesa.

Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya dia setuju dan Wawa buat keputusan untuk belikan rumah untuk mak dan bapak.

Ujarnya lagi, pada awalnya, dia ingin menghadiahkan rumah dua tingkat namun mengubah keputusannya memandangkan ibu bapanya sudah berusia dan sukar untuk naik turun tangga.

Jadi Wawa cari rumah setingkat dan bila tengok keadaan rumah yang agak lama, telan air liur juga lah.

‘Tahniah Wawa & Aeril’

Video itu juga telah mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Fasha Sandha dan juga Syida Melvin.

Rata-rata warganet yang lain juga mengatakan bahawa mereka turut sebak melihat ibu bapa Wawa yang terharu apabila dihadiahkan sebuah rumah untuk tinggal bersama di Semenanjung.

Tak perlu rumah besar untuk orang tua ni. Sebak tengok ibu bapa Wawa terharu macam itu.

Entah kenapa, saya pun turut menangis. Tahniah Wawa sebab bahagiakan ibu ayah.

Video

@wawazainal92

Akhirnya mak bapak setuju duduk semenanjung . Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak & bapak??

? Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/video-hadiahkan-rumah-wawa-zainal-sebak-ibu-bapa-setuju-tinggal-di-semenanjung

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman