Seorang kanak-kanak dilaporkan cedera parah akibat letupan paip sinki di rumahnya di Kota Perdana, Seri kembangan, Serdang.
Artikel berkaitan : Sakit Hati Tak Diberi Perhatian & Paksa Cari Kerja, Anak Tergamak Letak Racun Dalam Minuman Keluarga
Artikel berkaitan : Tak Siapkan ‘Homework’, Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup
Artikel berkaitan : Cemburu Asyik Tersenyum Ketika Bermain Telefon, Lelaki Cuba Bakar Isteri
Tiba-tiba paip sinki meletup
Ibu mangsa, Nurul Shaszamul Hidayah Mohd Sham menceritakan semula tragedi yang menimpa anaknya itu. Kejadian berkenaan berlaku pada pukul 9.00 malam di mana pada ketika itu mereka sekeluarga ingin menikmati makan malam.
Ketika itu, anak ketiga saya, Muhammad Haidar Munir sedang menggoreng telur di dapur ditemani adiknya, Marissa Nur Humaira Munir.
Tiba-tiba, kami terdengar letupan kuat di dapur. Kami sangkakan bunyi gas memasak meletup sebelum terhidu bau asid yang kuat dan kedengaran Haidar mengerang kesakitan.
Saya terus berlari ke dapur dan mendapati paip sinki jiran yang terletak di bahagian siling dapur meletup dan terdapat asid di dalam kuali digunakan Haidar untuk menggoreng telur. Hati ibu mana yang tidak pilu lihat keadaan anak yang melecur hampir seluruh badan disebabkan asid.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu kemudian bergegas ke bilik air dalam keadaan rambutnya menjadi keras gara-gara terkena asid.
Suami kemudian membantu Haidar membuka baju serta menyiram air pada seluruh badannya. Ketika itu, dia hanya mengerang kesakitan.
Saya kemudian mengarahkan anak sulung dan anak kedua pergi ke rumah jiran untuk memaklumkan mengenai perkara itu kepada mereka.
Sebaik melihat keadaan dapur yang terdapat tompokan cecair berbuih di atas meja dan di dalam kuali, jiran nampak terkejut dan meminta maaf kepada kami.
Melecur tahap 3
Bimbang dengan keadaan anaknya itu, mereka sekeluarga bergegas ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Azizah kerana Haidar melecur tahap tiga.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati hampir keseluruhan bahagian kepala kanak-kanak berkenaan melecur termasuk rambut yang mengeras seperti plastik terbakar.
Ada juga bahagian bertompok sehingga menampakkan kulit kepalanya akibat hakisan asid berkenaan.
Bahagian muka dia paling teruk terjejas termasuk kedua-dua matanya juga terkena asid dengan selaput matanya di bahagian luar terkoyak.
Doktor memaklumkan kemungkinan mata Haidar sembuh seperti sedia kala adalah 50/50 dan dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) kebakaran di Hospital Tunku Azizah.
Dalam pada itu, si ibu turut memaklumkan bahawa anak perempuannya yang berusia tujuh tahun mengalami cedera ringan di bahagian paha kanan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Tak mahu salahkan mana-mana pihak
Kini, mereka sekeluarga menetap di rumah mentuanya kerana merasakan rumah yang disewanya itu sudah tidak selamat.
Jiran ada memaklumkan dia terpaksa menggunakan asid untuk mengatasi masalah sinki tersumbat selepas mencuba pelbagai cara sebelum ini.
Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam kejadian ini kerana tahu ia adalah kemalangan. Namun, melihatkan keadaannya begitu, saya jadi sedih.
Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih lagi teruja sejak semalam untuk mengambil buku teks Tahun 3 di sekolah yang dijadualkan hari ini.
Walau bagaimanapun, ibu kepada mangsa menyatakan bahawa jirannya tidak ada niat untuk mencederakan Haidar yang kebetulan berada di dapur pada ketika itu.
Sumber : Harian Metro
source https://ohbulan.com/gara-gara-sinki-jiran-meletup-budak-9-tahun-melecur-tersiram-asid-hati-ibu-mana-yang-tidak-pilu-anak-melecur-hampir-seluruh-badan