
Pelakon Diana Daniella menegaskan bahawa dia tidak akan berkongsi perihal rumah tangganya di media sosial.
Artikel berkaitan : ‘Apa Saja Yang Terbaik Buat Puteri Sarah & Anak-Anak’ – Diana Danielle
Artikel berkaitan : Pernah Dipukul Bekas Kekasih, Diana Danielle Cedera Di Belakang Tengkuk
Artikel berkaitan : Farid Kamil Bawa Watak Anwar Ibrahim Sebab Nak ‘Cari Makan’, Diana Danielle Harap Jangan Politikkan Isu
Tak akan buka cerita ‘dalam kain’

Menurut Diana, tindakannya itu adalah sebagai salah satu cara untuk menghormati serta menjaga air muka suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.
Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial.
Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar.
Tambahnya, suami isteri memerlukan kesefahaman dan toleransi untuk hidup dengan lebih bahagia. Malah, kepercayaan juga adalah penting bagi mewujudkan keluarga yang harmoni.
Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang.
Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia
source https://ohbulan.com/tak-akan-buka-cerita-dalam-kain-di-media-sosial-diana-danielle-hormat-suami-farid-kamil-dah-buktikan-kesetiaannya
