Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 16 Februari 2023

Kecoh Bekas Suami Suruh Wanita Jual Maruah RM1K, Caprice Nak Bantu Upah Peguam

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pempengaruh yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa keganasan tumah tangga oleh bekas suaminya selama tiga tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Bukan Biawak Hidup, Aku Ada Hutang Kau Ke? Aku Bantu Kau Bina Pagar Rumah RM100k’ – Khazrul Elzey

Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah

Suruh jual maruah RM1K

Bukan itu sahaja, wanita tersebut yang berkongsikan rakaman perbualannya bersama bekas suami di media sosial yang meminta wang sehingga sanggup menyuruhnya untuk menjual maruah diri di Instagram (IG) dengan harga RM1,000.

Bahkan selepas bercerai, telefon bimbit dan juga wang simpanan wanita itu dipercayai telah dirampas oleh bekas suami sehingga dipandang hina oleh keluarga bekas mentua.

Akan sediakan peguam

Susulan isu tersebut, penyanyi dan selebriti media sosial iaitu Caprice menerusi satu hantaran di IG, memaklumkan bahawa dia akan menyediakan seorang peguam yang juga rakannya untuk membantu menyelesaikan kemelut wanita berkenaan.

Maafkan saya kerana lambat bersuara mengenai isu awak. Insya-Allah, peguam itu merupakan kawan baik saya. Kami sentiasa memberi sokongan kepada wanita yang didera secara fizikal dan juga mental. Insya-Allah, ada jalan.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen kerana rata-rata mereka menyokong tindakan dan bantuan yang diberikan oleh Caprice selain mengharapkan agar hak wanita tersebut akan terbela.

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/kecoh-bekas-suami-suruh-wanita-jual-maruah-rm1k-caprice-nak-bantu-upah-peguam

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman