Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 28 tahun di Thailand meninggal dunia di atas katil bilik sewa dengan keadaan sebelah tangan memegang telefon bimbit miliknya yang sedang dicas.
Artikel Berkaitan: Selamatkan Ibu Digigit Anjing Jenis Pitbull, Lelaki Maut Selepas Usus Terburai
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa & Ibu Tiri
Terkena renjatan elektrik
Hasil siasatan polis mendapati punca kematian lelaki tersebut adalah disebabkan terkena renjatan elektrik kerana mangsa ditemui dalam keadaan darah keluar dari mulut manakala tangan kanannya melecur.
Tangan kanan mangsa pada ketika itu sedang memegang telefon bimbit yang sedang dicas dan tersambung pada kabel yang terletak di dinding bilik.
Dipercayai, sambungan kabel berkenaan rosak sehingga mengakibatkan litar pintas menyebabkan lelaki tersebut terkena renjatan elektrik semasa sedang bermain telefon.
Abang pecahkan pintu
Sekadar gambar hiasan
Kematian lelaki itu disedari oleh abangnya sendiri selepas mengatakan bahawa dia sempat singgah ke bilik adiknya pada sebelum kejadian berlaku.
Dia menyangkakan bahawa adiknya keluar selepas tidak menyahut panggilan yang dibuat dan disebabkan itu juga, dia bertindak memecahkan pintu bilik sebelum menemui mayat adiknya.
Difahamkan, mayat lelaki itu telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik untuk dibedah siasat secara terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Sumber: Thaiger News
source https://ohbulan.com/lelaki-maut-disyaki-terkena-renjatan-elektrik-sewaktu-main-telefon-bimbit-sedang-dicas