Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 27 Januari 2023

Wanita Dipukul & Dibakar Hidup-Hidup Selepas Disyaki Culik Kanak-Kanak

Seorang wanita di Bandar Sorong, Papua Barat dipukul serta dibakar hidup-hidup gara-gara dipercayai menculik kanak-kanak.

Artikel berkaitan : Culik, Liwat & Sorok Sebagai Tebusan, Pedofilia Kurung Kanak-Kanak Dalam Kubu Bawah Tanah Selama 52 Hari

Artikel berkaitan : Orang Awam Gagalkan Cubaan Lelaki OKU Mental Culik Kanak-Kanak Lelaki

Bakar wanita hidup-hidup

Menurut Ketua Pesuruhjaya Perhubungan Awam Polis Wilayah Papua Barat, Adam Erwindi, mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Satu kejadian pukul dan bakar seorang wanita telah berlaku. Insiden berkenaan telah saya sahkan kepada Ketua Polis Bandar Sorong, Selamat Perdana Yudianto.

Maklumat awal mendapati, mangsa disyaki menculik kanak-kanak oleh masyarakat Kokoda dan disebabkan itu mangsa dipukul oleh penduduk setempat. Wanita itu kemudiannya ditahan sebelum dituang dengan minyak petrol lalu dibakar.

Susulan daripada itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri dan perlu menyerahkan kes terbabit kepada pihak polis.

Hukuman setimpal kepada penduduk

Walau bagaimanapun, Selamat Perdana masih menyiasat mengenai dakwaan yang dikatakan oleh penduduk setempat sehingga menyebabkan mangsa maut.

Dalam pada itu, pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek yang mengambil tindakan sendiri dan hukuman yang setimpal akan diberikan kepada penduduk yang terlibat.

Saya harap penduduk Papua Barat supaya tidak terpengaruh dengan isu penculikan kanak-kanak. Jika betul ia adalah kes penculikan, laporkan kepada pihak polis.

Sumber : Republika.co.id



source https://ohbulan.com/wanita-dipukul-dibakar-hidup-hidup-selepas-disyaki-culik-kanak-kanak

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman