Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 27 Januari 2023

Bertahun-Tahun Diliwat, Anak Hilang Sabar Tikam Bapa Kandung 33 Kali Sampai Mati

Seorang lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah kerana menikam bapa kandungnya sebanyak 33 kali sehingga lelaki itu tidak bernyawa dalam satu kejadian pada 14 September 2021.

Tikam bapa sebab tak tahan diliwat

Foto: Sean Maurice (suspek)

Suspek yang dikenali sebagai Sean Maurice berusia 31 tahun nekad bertindak sedemikian kerana tidak tahan menjadi mangsa dera dan mangsa keganasan seksual yang dilakukan si bapa, Paul Maurice terhadap dirinya selama bertahun-tahun.

Saya tidak rugi apa-apa. Anda cuba menangkap saya kerana saya memukul bapa yang mendera saya. Dia meliwat saya dan anda mahu menangkap saya? Apakah jenis keadilan ini?

Suspek kemudian nekad mahu membalas dendam perbuatan si bapa yang sering meliwatnya. Susulan daripada itu, suspek bertindak menikam bapanya yang berusia 52 tahun itu sebanyak 33 kali di bahagian belakang dan dadanya.

Mangsa berlumuran darah

Foto: Paul Maurice (mangsa)

Menurut jiran, mereka menemui mangsa dalam keadaan terbaring di dalam rumah dengan berlumuran darah dan ketika itu, mangsa memberitahu bahawa dia tidak mahu mati. Malah dalam keadaan nazak, mangsa sempat memberitahu bahawa Sean merupakan individu yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Beberapa jam kemudian, suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan polis.

Menurut sumber, pada Julai 2021, suspek pernah ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental. Suspek kemudian tinggal di rumah bapanya dan tidak lama selepas itu, suspek tinggal di pusat pemulihan selama tiga minggu.

Pada September 2021, mangsa dikatakan kecewa kerana bapanya tidak membenarkannya tinggal di rumah keluarga. Susulan daripada itu, berlakunya salah faham antara suspek dan mangsa yang akhirnya membawa kepada satu tragedi ngeri.

Sumber: Daily Mail, BBC



source https://ohbulan.com/bertahun-tahun-diliwat-anak-hilang-sabar-tikam-bapa-kandung-33-kali-sampai-mati

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman