Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 31 Januari 2023

‘Troopers’ Di Stesen LRT Hang Tuah Dipuji Ramai, Bantu Lancarkan Perjalanan Penumpang

Baru-baru ini, keadaan di stesen LRT Hang Tuah padat dengan penumpang pengangkutan awam sehinggakan laluan menjadi sesak.

Artikel Berkaitan: Lan Solo Bawa Anak Camping Belakang Rumah – ‘Bunyi LRT & Motor No Hal’

Artikel Berkaitan: Wanita Kena Samun Semasa Guna Jalan Alternatif Sebab LRT Ditutup, Hilang Telefon Bimbit & Laptop

Petugas sedia membantu

Pun begitu, keadaan masih lagi terkawal walaupun penumpang membanjiri stesen LRT Hang Tuah kerana petugas Rapid KL atau digelar sebagai troopers sedia membantu memudahkan pergerakan orang awam di sana.

Mereka turut menggunakan papan tanda sebagai arahan untuk melancarkan perjalanan penumpang agar mereka dapat ke platform masing-masing.

Perkongsian itu dimuat naik oleh pihak Rapid KL sendiri di akaun Facebook rasmi mereka sekali gus meraih perhatian orang ramai di bahagian komen.

Hantaran tersebut telah mendapat lebih daripada 1K tanda suka dan lebih 100 komen daripada netizen.

Ramai puji, berterima kasih

Ini kerana, rata-rata daripada warganet meluahkan rasa berterima kasih mereka kepada petugas troopers dan juga pihak Rapid KL kerana mencuba yang terbaik untuk melancarkan perjalanan penumpang.

Terima kasih troopers sebab melicinkan perjalanan kami. Memang terbaik cara pakai papan tanda macam itu.

Bukan itu sahaja, turut ada yang mengharapkan agar pendekatan itu dilakukan dengan kerap agar kesesakan penumpang di stesen-stesen pengangkutan awam dapat dikawal dalam jangka masa yang panjang.

Sumber: Facebook Rapid KL



source https://ohbulan.com/troopers-di-stesen-lrt-hang-tuah-dipuji-ramai-bantu-lancarkan-perjalanan-penumpang

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman