Sekadar gambar hiasan
Gara-gara bengang dimarahi kerana menyebabkan sepah di kawasan rumah, seorang lelaki tergamak memukul ibu saudaranya di Jalan Maju Utama, Ampang pada pagi Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Selalu Kena Marah Sebab Main Telefon & Keluar Malam, Remaja Nekad Terjun Dari Bangunan
Artikel Berkaitan: Lelaki Sakit Mental Dipukul Remaja Lelaki Sampai Mati
Berlaku salah faham
Sekadar gambar hiasan
Menurut Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak selaku Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, pihak mereka menerima aduan daripada mangsa yang berusia 50 tahun itu sekitar jam 11:00 pagi.
Berdasarkan kenyataan laporan yang diberikan oleh mangsa, insiden itu berlaku kerana terdapat sedikit salah faham antara dirinya bersama suspek yang juga anak saudaranya.
Suspek telah menumpahkan cat di hadapan rumah selain dari membuang botol minuman keras sehingga serpihan kaca bersepah di kawasan perumahan.
Lelaki yang berusia 36 tahun itu bagaimanapun telah ditahan oleh anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) Zon 3 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya sekitar pukul 9:45 malam hari yang sama.
Mempunyai tiga rekod jenayah
Sekadar gambar hiasan
Ujar Farouk, suspek tersebut mempunyai tiga rekod lampau kes jenayah sebelum kejadian itu dan permohonan reman pertama telah dilakukan selama empat hari sehingga Khamis ini.
Malah, kes itu juga diklasifikasikan sebagai motif suspek yang tidak berpuas hati apabila ditegur kerana membuat sepah sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian muka mangsa.
Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah tangga kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Sumber: Kosmo
source https://ohbulan.com/lelaki-pukul-ibu-saudara-ditahan-pernah-ada-tiga-rekod-jenayah-lampau