Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 18 Januari 2023

Taeyang BIGBANG Dedah Sebab Keluar Dari YGE Lepas 20 Tahun – ‘Ramai Yang Tanya, Jadi Ini Sebabnya…’

Ahli kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BIGBANG iaitu Taeyang, mendedahkan sebab utama mengapa dirinya memilih untuk keluar daripada agensi YG Entertainment (YGE) selepas 20 tahun.

Artikel Berkaitan: Walaupun Ramai Cakap Mahal, Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Lebih mudah nak bekerja

Pada 16 Januari, menerusi satu temu bual di YouTube, 1theK Original, vokalis utama kumpulan BIGBANG itu menjelaskan mengenai keputusannya untuk tukar agensi kepada THEBLACKLABEL pada hujung tahun 2022 lalu.

Ujar Taeyang, dia tidak mempunyai sebarang masalah bersama YGE selepas bekerja di bawah naungan agensi tersebut sejak bergelar pelatih.

Malah, dia mengatakan bahawa tujuan utama dia bertukar agensi adalah kerana dia kini bekerja lebih kerap dengan artis dari THEBLACKLABEL dalam pembikinan lagu dan pertukarannya ke label itu akan memudahkan lagi urusan berkaitan karier muziknya.

Selepas pertukaran itu, Taeyang telah melancarkan lagu solo terbaharu pada 13 Januari lalu yang berjudul ‘Vibe’ hasil berkolaborasi dengan Jimin daripada kumpulan BTS.

Perlancaran lagu itu dibuat selepas kali terakhir Taeyang melancarkan lagu pada 2017 iaitu ‘White Night’.

Anak terlampau ‘cantik’

Dalam temu bual yang sama juga, Taeyang sempat berkongsikan kisah hidupnya yang telah bergelar bapa kepada seorang anak lelaki yang lahir pada November 2021 selepas berkahwin dengan model Min Hyo-rin pada 2018.

Anak lelaki saya baru saja berusia setahun baru-baru ini. Dia sangat ‘cantik’ kerana wajahnya ikut isteri saya, Disebabkan itu juga, ramai yang sangka dia merupakan seorang perempuan. Saya juga terpaksa memberitahu kepada setiap orang bahawa dia adalah anak lelaki.

Taeyang merupakan ahli kumpulan BIGBANG ketiga yang mengumumkan bahawa dia mengundur diri daripada YGE pada 27 Disember 2022 selepas T.O.P dan Daesung.

Sumber: AllKpop



source https://ohbulan.com/taeyang-bigbang-dedah-sebab-keluar-dari-yge-lepas-20-tahun-ramai-yang-tanya-jadi-ini-sebabnya

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman