Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 19 Januari 2023

Fikiran Syamsul Yusof Kusut & Dilema Sehingga Hilang Fokus Di Set Penggambaran?

Kemelut rumah tangga melibatkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana masih belum berakhir. Malah, baru-baru ini Puteri Sarah bertindak memfailkan penceraian di mahkamah.

Artikel berkaitan : Banyak Kali Pak Nil Tanya Siapa Ira Kazar, Syamsul Yusof Tetap Susah Nak Jawab

Artikel berkaitan : Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah Supaya Tidak Bercerai – ‘Jika Penceraian Tidak Berlaku, Syamsul Kena Banyak Berubah’

Artikel berkaitan : ‘Siapa Tak Sayang Ayah Kepada Anak-Anak’ – Ustazah Asma Dedah Puteri Sarah Pernah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga, Siap Minta Khidmat Nasihat Lagi!

Fikiran Syamsul terganggu?

Penerbit Eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail mendedahkan isu rumah tangga yang dihadapi oleh Syamsul sedikit sebanyak mengganggu fikiran pengarah berusia 39 tahun itu ketika di set penggambaran.

Meskipun tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi, Saniboey dapat ‘menghidu’ Syamsul berada dalam keadaan yang kusut serta dilema sehingga menyebabkan proses di set penggambaran terjejas, namun masih boleh dikawal.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pengarah filem Mat Kilau itu tidak mahu diganggu kerana ingin memberi fokus terhadap filem yang bakal dikeluarkan olehnya iaitu The Original Gangster.

Kebetulan pula sekarang ini penggambaran pula banyak pada babak-babak yang berat. Contoh macam letupan termasuk perlu beralih kepada tiga lokasi pada hari yang sama. Semestinya dia mahu fokus terhadap kerja-kerja di set dan tak nak diganggu.

Kelihatan bersemangat

Dalam pada itu, Saniboey turut memuji anak kepada penerbit filem Datuk Yusof Haslam kerana sentiasa kelihatan bersemangat dan masih meneruskan kerjanya seperti biasa.

Satu mengenai Syamsul yang saya kenali, dia memiliki semangat yang jitu bila tiba bab kerja. Profesionalisme Syamsul ketika bikin filem memang tidak dapat disangkal.

Itu juga menjadi satu sebab kenapa saya kagumi dirinya. Dalam pada sedang dilanda masalah, dia tetap profesional dan cuba siapkan kerja dengan sehabis baik.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia 



source https://ohbulan.com/fikiran-syamsul-yusof-kusut-dilema-sehingga-hilang-fokus-di-set-penggambaran

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman