
Artikel Berkaitan: Dituduh Tumbuk & Tendang ‘Pak Guard’ Sharnaaz Ahmad Dihadapkan Ke Mahkamah
Sharnaaz tenang

Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38 tahun, telah ditahan pada 16 Jun lalu atas dakwaan menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kejadian tersebut tercetus apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya untuk membeli minyak masak.
Pun begitu, rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan pengawal keselamatan itu sebelum pelakon terbabit datang menegur mereka.
Walau bagaimanapun, mangsa mendakwa dirinya ditumbuk sehingga lebam di bahagian wajahnya sebelum Sharnaaz direman selama tiga hari dan dibebaskan sementara menunggu kertas siasatan.
Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Majistret kemudian membenarkan Sharnaaz diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 6 Mac untuk sebutan semula kes.
Sumber: Berita Harian
source https://ohbulan.com/sharnaaz-mengaku-tidak-bersalah-kes-tendang-tumbuk-pak-guard
