
Pelakon Aidit Noh mendedahkan bahawa dia dan isterinya ‘diserang’ dengan ilmu hitam yang dipercayai adalah sihir pemisah.
Artikel berkaitan : ‘Terpaksa Cerai Sebab Terlampau Bahagia & Suami Terlalu Baik Sampai Orang Cemburu Hantar Sihir Pemisah’
Artikel berkaitan : Gangguan Berlaku Secara Keseluruhan, Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’
Artikel berkaitan : ‘Kerat Jari Sampai Berdarah & Jatuh Ke Gambar’ – Terkena Sihir Pemisah, Wanita Dedah 5 Tahun Benci Suami
Aidit & isteri terkena sihir pemisah

Menurut Aidit, serangan berkenaan ditujukan kepada dirinya dan isteri ketika dia sedang membintangi sebuah drama bersiri.
Ketika itu hubungan saya dan isteri agak panas. Bila kita nak tunjuk kemesraan dengan memuat naik gambar je, akan ada yang tak kena. Dua tiga hari lepas upload gambar mesti akan ada bergaduh atau bertelagah.
Selain itu, kami juga kerap diganggu. Masa tu isteri sedang hamil dan dia ternampak kelibat saya walhal saya tiada di rumah sebab sedang shooting. Selain itu, kaki saya juga pernah ditarik ketika sedang tidur.
Tidak tahan dengan gangguan yang dialami, pelakon berusia 30 tahun ini kemudiannya mengambil keputusan untuk pergi berubat.
Saya dan isteri pergi berubat sampai ke Pahang. Ketika berubat pun nampak hantu pocong tepi tingkap tengok saya. Atas nasihat ustaz, saya padam semua gambar isteri dan kurangkan upload tentang rumah tangga.
Sehinggakan ramai yang beranggapan saya dan isteri sudah tidak sehaluan. Sedangkan kami diuji dengan hal lain.
Tahu siapa pelakunya

Walau bagaimanapun, Aidit enggan mendedahkan si pelaku meskipun mengetahuinya kerana tidak mahu memanjangkan isu terbabit.
Jujurnya saya tahu siapa. Cuma saya tidak mahu panjangkan hal ini. Sekarang saya hanya mengambil langkah berjaga-jaga sahaja. Sentiasa janga ibadah dan kalau rasa tak sedap hati, kita berzikir dan pasang ayat al-Quran di rumah.
Alhamdulillah, selepas rawatan dan mengikut nasihat ustaz, kami tidak lagi diganggu.
Sumber : Gempak
source https://ohbulan.com/didakwa-diserang-sihir-pemisah-aidit-noh-isteri-pergi-berubat-kaki-kena-tarik-masa-tidur-nampak-kelibat-pocong
