Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 26 Januari 2023

‘Gelilah!’- Netizen Kesal Penduduk Kondominium Mewah Pengotor, Main Campak Tuala Wanita & Kondom Atas Lantai

Baru-baru ini, tular kisah penduduk di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap pengotor segelintir penghuni di kawasan perumahan tersebut.

Artikel Berkaitan: Jiran Terkejut Baju Kotor Terkena Titisan Berwarna Coklat, Ingatkan Air Kopi Tapi…

Tuala wanita penuh darah!

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Twitter, terdapat penghuni yang membuang tuala wanita dengan kesan tompokan darah yang jelas kelihatan.

Geli dengan kejadian itu, ramai menyuarakan rasa tidak selesa kerana tuala wanita yang telah digunakan telah dicampak ke kawasan perumahan mereka.

Lebih menjijikkan lagi, lampin bayi dan kondom terpakai turut dibuang di merata lantai kondominium berkenaan.

Kenapa masih wujud orang yang macam ini di keliling kita? Ini hal kebersihan, bukan adab semata-mata!

Walaupun sudah lebih setahun isu tersebut berlaku, pelakunya masih lagi belum dapat dikesan oleh pihak pengurusan kondominium terbabit.

‘Ingatkan wujud kat asrama je’

Di bahagian komen, rata-rata warganet mengecam tindakan jijik itu dan menyifatkan pelaku seorang mentaliti low-class walaupun menetap di kondominium mewah yang terletak di ibu negara.

Tak sangkalah orang hidup mewah pun boleh lagi buat benda kotor macam ini? Susah sangat ke nak buang betul-betul?

Tidak kurang juga, ada netizen yang mengingatkan orang ramai agar tidak terikut dengan perbuatan tidak senonoh kerana kehidupan berjiran memerlukan sikap kerjasama.

Sumber: Twitter



source https://ohbulan.com/gelilah-netizen-kesal-penduduk-kondominium-mewah-kl-pengotor-lempar-tuala-wanita-kondom-di-lantai

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman