Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 26 Januari 2023

‘Ada Sebab Kukuh Nak Kahwin Lain, Saya Sendiri Pinangkan’ – Zulin Aziz

Pelakon Zulin Aziz menyatakan dia akan menerima sekiranya suami tercinta, Farhan Norzaini memiliki perasaan pada wanita lain. Namun, Zulin meletakkan beberapa syarat sebelum memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lagi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Berharap Sangat Netizen Yang Bijaksana, Tolong Tadah Tangan Doakan’ – Zulin Aziz

Artikel Berkaitan: Pernah Keguguran, Zulin Aziz & Suami Tak Putus Asa Cuba Dapat Anak – ‘Penantian Harus Ada Kesabaran Kan?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sabarlah Saya Baru Keguguran’ – Zulin Aziz

Perangai madu kena elok

Menerusi temu bual bersama Gempak, Zulin menyatakan suaminya mestilah mempunyai alasan yang kukuh untuk hidup berpoligami.

Tambah aktres berumur 34 tahun, dia sering berpesan kepada suaminya untuk mengambil pengajaran dengan nasib selebriti lain.

Nak poligami kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh, jalan. Saya sendiri pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua tiga empat.

Ada yang satu ni, kukuhkan dahulu. Nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok, sesuai jadi maid je!

Tanggungjawab seorang suami

Dalam pada itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz sempat menitip pesanan buat para suami untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik.

Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia, nanti dekat akhirat ditanya.

Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat akhirat nanti.

Terdahulu, Zulin bersama pasangannya sah bergelar suami isteri pada 20 Februari tahun lalu dan masih belum mempunyai cahaya mata.

Sumber: Gempak



source https://ohbulan.com/ada-sebab-kukuh-nak-kahwin-lain-saya-sendiri-pinangkan-zulin-aziz

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman