Seorang pelajar berdepan dengan detik cemas apabila kepalanya terkena kipas ketika sedang naik ke atas katil jenis dua tingkat.
Artikel berkaitan : Murid Darjah Dua Patah Jari, Kipas Siling Dalam Kelas Terjatuh
Artikel berkaitan : Hantar Gambar Kain Tergantung Pada Kipas Dekat Tunang, Lelaki Hilang Lepas Cuba Bunuh Diri
Artikel berkaitan : Trend Kipas Jadi Makmum, Mufti Pulau Pinang Beri Respon – ‘Kalau Niat Persendakan Agama Dikira Murtad’
Kepala terkena bilah kipas
Menerusi hantaran di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Nrizaaa berkongsi momen cemas apabila melihat rakan serumahnya berlumurah darah dan terbaring di atas lantai gara-gara terjatuh dari katil dua tingkat.
Menurutnya, rakannya itu terkena bilah kipas pada pukul 1.02 pagi.
Ujarnya, sebelum kejadian, dia sempat lalu di hadapan bilik dan melihat rakannya yang dikenali sebagai Yaya sedang tekun menyiapkan tuntutan kerja di atas katil.
Sebelum kejadian aku lalu depan bilik dia elok dia buat assignment atas katil. Katil dia double decker so dia duduk katil atas. Dalam 30 minit lepas tu aku dengar bunyi benda jatuh macam kuat gila masa tu.
Aku dengan Syiqin check lah, buka pintu bilik dia, nampak dia terbaring atas lantai.
Terkejut dengan kejadian itu, dia dan rakan serumah yang lain bertindak mengangkat kepala gadis berkenaan dan membalutnya dengan kain tudung.
Darah dah banyak keluar ingatkan hidung dia berdarah. Tanya Yaya kenapa dia cakap kepala kena kipas.
Masih fikir ‘assignment’
Disaat kepala sedang berdarah, rakannya sempat memikirkan tugasan kerja yang masih banyak perlu diselesaikan.
Jadi aku cakap terus pergi emergency lepas tu si Yaya ni boleh cakap ‘aku banyak assignment lagi’ kena marah lah dengan kitaorang. Tengah macam ni fikir assignment lagi. So kitaorang dari rumah ke hospital dalam 30 minit juga. Start kereta terus gerak.
Walau bagaimanapun, doktor mengesahkan luka terbabit tidak terkena pada artieri dan perlu menerima enam jahitan kerana mengalami keretakan pada kepalanya.
Sampai emergency doktor kata nasib baik tak kena arteri kalau kena arteri tak sampai hospital, sampai atas. Allah suruh Yaya bertaubat. Buat x-ray ada retakan sikit dekat kepala Yaya terus buat MRI dan 6 jahitan dekat kepala. Mangsa masih boleh tersenyum.
Kitaorang balut kepala dia dengan tudung tapi mengalir banyak sebab tak tahu darah keluar dari mana. Basah lencun tudungnya dengan darah. Before kitaorang buang tudung tu cuci dulu.
Bercerita mengenai detik cemas, pelajar berkenaan menceritakan pada ketika itu dia sedang berdiri dan berfikiran kedudukannya masih jauh daripada bilah kipas.
Dia ingatkan kepala dia jauh dari kipas tak perasan kena kepada dia. Before this kitaorang dah pesan dengan dia hati-hati naik katil tu kepala dekat sangat. Keadaan kipas sekarang bila on kipas akan ‘berdangdut’. Doakan si Yaya ni cepat sihat.
Video penuh
Sumber : @nrizaaa
source https://ohbulan.com/video-kepala-berdarah-tak-henti-terkena-bilah-kipas-pelajar-terima-6-jahitan-masih-fikir-pasal-assignment