Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 28 Disember 2022

Ada Meja Kosong Tetap Nak Lipat Baju Depan Mesin Pengering! Tindakan Wanita Ini Undang Kecaman Netizen

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan tindakan seorang wanita melipat pakaian di hadapan mesin pengering (dryer) di sebuah kedai dobi layan diri.

Artikel Berkaitan: Pelanggan Tak Jadi Basuh Baju, Ular Sawa ‘Lepak’ Dalam Mesin Basuh Dobi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat

Buat ‘pekak’ walaupun ditegur

Rakaman video berdurasi 0:44 saat itu menunjukkan wanita berkenaan bersikap keras kepala apabila menjadikan ‘dryer’ itu seperti milik peribadinya.

Seorang pengguna lain menegur wanita tersebut untuk beredar ke ruangan meja kosong kerana ingin menggunakan mesin pengering cucian 20 kilogram (kg) di bahagian bawah.

Kata pemilik video itu, dia mempunyai pakaian yang banyak justeru agak sukar untuk memasukkan ke dalam mesin yang berada di kedudukan tinggi.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dilayan malah ‘selamba’ meneruskan melipat pakaian dan kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik hitam yang diletakkan dalam bakul.

Terima kecaman netizen

Sikap degil dan pentingkan diri sendiri itu telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata marah kerana tidak bertimbang rasa dengan pengguna lain.

Lebih membuatkan ramai ‘panas’ apabila wanita bertudung bawal itu tanpa rasa bersalah tidak berganjak ke ruangan untuk melipat baju.

Agak-agaklah kalau nak melipat pun. Bukan dia seorang saja yang nak guna. Nama pun untuk kegunaan awam.

Ini kalau kena kat batang hidung sendiri, tahu pula nanti bising.

Dalam pada itu, warganet mengingatkan orang ramai untuk tidak mencontohi tindakan wanita itu ketika menggunakan kemudahan yang dikongsi bersama pengguna lain.

Sumber: Twitter



source https://ohbulan.com/ada-meja-kosong-tetap-nak-lipat-baju-depan-mesin-pengering-tindakan-wanita-ini-undang-kecaman-netizen

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman