
Perkongsian terbaru daripada pempengaruh, Azfar Heri di TikTok miliknya menjadi bualan ramai apabila dilihat keluar bersama YB Syed Saddiq.
Artikel Berkaitan: ‘Gantikan Yang Lama Dengan Yang Ini’ – Syed Saddiq Balas Dendam, Tunjuk ‘Taring’ Sebenar Main Badminton
Seronok jumpa berdepan

Menerusi video yang berdurasi 02:13 minit itu, Azfar atau nama sebenarnya Azfar Herisyam menyatakan pertemuan mereka hanya dirancang dalam masa 24 jam dan dia mengakui berasa gementar untuk berjumpa dengan figura terkenal itu.
Hari ini saya nak berjumpa dengan seseorang. Tak tahulah nak cakap macam mana. Saya gementar sebenarnya sebab tidak menyangka dia ajak untuk berjumpa.
Namun, kata Azfar, pertemuan singkat itu menjadi satu momen berharga apabila berpeluang bertemu Penyandang Parlimen Muar secara empat mata.
Sangat gembira dapat berjumpa secara berdepan. Terima kasih untuk perkongsian dan sama-sama belajar benda baru. Sangat kasual dan ramah, penat gelak. Jumpa lagi nanti.
Dah level ‘member-member’

Di ruangan komen, rata-rata warganet suka dengan personaliti Syed Saddiq yang nampak selesa dan santai ketika ‘lepak’ dengan Azfar.
Jarang lah dengar Syed Saddiq cakap ‘kau aku’ ni!
Pertama kali rasanya tengok YB ‘normal’ macam ‘youngster person’. Selama ini nampak YB dengan YB saja. Hahahaha.
Selain itu, ada segelintir netizen yang bergurau dengan menyatakan Azfar sudah ‘next level’ dalam berkawan.
Video
@azfarherii Semalam plan harini terus jumpa, it was really nice to meet you in person ! Thank you for your sharing and sama sama belajar benda baru ! Sangat casual and friendly, penat gelak gelak je HAHAHAA. Catch up soon ??
Sumber: Azfarheri
source https://ohbulan.com/baru-nampak-youngster-person-syed-saddiq-lepak-dengan-azfarheri-curi-tumpuan-netizen
