Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 29 Disember 2022

Hidayah Abam Enggan Ulas Isu Rayuan Ali Puteh Ditolak – ‘Saya Tak Rasa Sudah Menang’

Kes saman melibatkan balu kepada Allahyarham Abam Bocey dan pelawak Ali Puteh berhubung kenyataan fitnah yang dibuat Ali di Instagram masih belum berkesudahan.

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Gagal Ketepi Kes Saman Terhadap Kakak Ipar

Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Beli Kereta Mewah, Ali Puteh Tenang Layan Caci Maki Netizen

Pilih diamkan diri

Ali Puteh yang gagal dalam rayuan mengetepikan bayaran ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada kakak iparnya yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen 10 bulan lalu mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 30, memberitahu menerusi Berita Harian, dia enggan mengulas lanjut berhubung isu ini dan memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Tambahnya lagi, dia enggan memanjangkan kemelut antara dia dan Ali Puteh sekeluarga yang juga merupakan keluarga mentuanya.

Saya tidak mahu ulas, rasanya berdiam diri jalan terbaik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mengatakan dirinya sama sekali tidak bangga dengan apa yang sudah berlaku mahupun menganggap keputusan mahkamah itu sebagai hal yang perlu dibanggakan.

Tidak, saya langsung tidak merasakan sudah menang.

Dalam prosiding yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom semalam, rayuan Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali Ali Puteh, 34, untuk saman fitnah berkenaan telah ditolak Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Sumber: Berita Harian



source https://ohbulan.com/hidayah-abam-enggan-ulas-isu-rayuan-ali-puteh-ditolak-saya-tak-rasa-sudah-menang

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman