Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 8 Disember 2022

Telan 6 Biji Suplemen Setiap Hari, Nurin Afiqah Kena ‘Ceramah’ Dengan Netizen – ‘Tak Bahaya Ke Untuk Buah Pinggang’

Gara-gara suplemen, pelakon baharu dan pempengaruh media sosial, Nurin Afiqah menjadi bualan ramai di media sosial.

Artikel Berkaitan: Dah Bekerjasama Dengan Polis, Influencer Nafi ‘Ajak’ Artis Bergambar Di Luar Dewan

Beauty is expensive

Menerusi hantaran video, Nurin berkongsi jenis-jenis pil yang diambil setiap hari kepada pengikut di akaun TikTok miliknya. Antaranya adalah sunblock, Vitamin C, untuk penghidratan kulit kering dan lain-lain lagi.

Nurin, 26, turut menulis kapsyen ringkas yang berbunyi, ‘Kecantikan itu mahal.’

Di penghujung rakaman itu, pemilik nama Nurin Afiqah Zulkifli dilihat menelan kesemua enam biji suplemen dengan sekali teguk air minuman.

Tak sayang buah pinggang ke?

Semestinya pengguna media sosial mula membanjiri ruang komen dengan meninggalkan pelbagai respon. Rata-rata netizen mula mempersoalkan jumlah pengambilan pil setiap hari kerana merasakan terlalu banyak.

Selain itu, wargamaya juga risau dengan keadaan buah pinggang pelakon drama Wifi Sebelah Rumah.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat hampir 400,000 tontonan dan lebih 1000 komen.

Sumber: TikTok @nurinafiqaaah



source https://ohbulan.com/telan-6-biji-suplemen-setiap-hari-nurin-afiqah-kena-ceramah-dengan-netizen-tak-bahaya-ke-untuk-buah-pinggang

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman