Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 8 Disember 2022

BF Baik Tapi Banyak Simpan Rahsia, Wanita Terkejut Dapat Tahu Rupanya Suami Orang Anak Dua

Alangkah remuknya hati seorang wanita apabila dirinya seperti ditipu oleh ‘teman lelakinya’ yang disangkakan bujang, namun rupa-rupanya sudah beristeri dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Firasat kata bf ada pasangan lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Dalilifatini di TikTok, berkongsi kisah sedih yang dialaminya. Dakwanya, dia mendapat firasat yang mengatakan bahawa teman lelakinya itu sudah mempunyai pasangan, namun masih tiada bukti kukuh.

Saya rasa macam dia dah ada partner tapi tak jumpa bukti lagi sebab masa tu tengah cari pasal dia tapi dia guna nama lain bukan nama betul so susah nak dapat. Saya minta tolong ibu saya dan ibu saya bagi the real email dengan nombor yang sama (tapi kami jarang contact dekat WhatsApp).

Tiba-tiba ibu saya dapat screenshot email dan nombor telefon dia tapi dekat email nama lain bukan atas nama akaun palsu dia. Lagipun Instagram betul dia bukan yang dia chat selalu sebab tu tak boleh trace. Semuanya trace dari email.

Ujarnya lagi, segala foto lelaki terbabit diperolehi dengan mudah menerusi Facebook serta aplikasi yang lain kerana dia sudah tahu nama sebenar teman lelakinya itu. Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan sebenarnya sudah berkahwin dan memiliki anak.

Bercerita mengenai perkenalan, pada awalnya mereka berhubung di sebuah aplikasi di media sosial dan akhirnya kedua-duanya membuat keputusan untuk bertemu.

First time jumpa selepas kenal dekat media sosial. Dia ada teman pergi jogging, ajak pergi makan, dia pujuk beli kaktus, jalan-jalan dekat Putrajaya, pergi tengok KLCC, video call tapi dekat Instagram je.

Lepas tu dia datang kampus, beli bunga sebab boleh jawab test, dia selalu update tapi dekat media sosial je lah, hantar pergi airport, teman pergi beli barang kampus, hari kedua kena covid hantar makanan lagi dan banyak lagi.

‘Saya bukan perampas’

Tegasnya, dia bukan seorang perampas kerana masih mempunyai hati perut serta tidak akan menghubungi lelaki tersebut jika dapat tahu perkara sebenar.

Saya bukan perempas, masih ada hati perut. Kalau saya dah tahu benda ni, saya pun turn off. Ada je nombor telefon tapi jarang contact sebab tu cakap maybe dia selesa dekat Instagram kot.

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit tampil meminta maaf dan merayu kepadanya. Dia turut berharap agar individu berkenaan benar-benar menyesal serta meminta maaf kepada isterinya atas perbuatannya itu.

Saya dah move on pasal semua ni tapi just nak bagi pengajaran dekat dia. Saya tak nak expose muka dia dan siapa dia. Saya harap dia betul-betul menyesal dan boleh berubah atas apa yang dia buat semua ni.

Lagipun dia dah merayu minta maaf. Saya harap dia minta maaf dekat wife dia dan keluarga saya, cukup.

Video penjelasan

@dalilifatinipart 2 (harap jelas)? original sound – ? ?? ?

Sumber : @dalilifatini



source https://ohbulan.com/bf-baik-tapi-banyak-simpan-rahsia-wanita-terkejut-dapat-tahu-rupanya-suami-orang-anak-dua

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman