
Tular di TikTok satu klip video yang memaparkan seorang pemain bola sepak sebuah kelab menuju ke bahagian penonton dengan tujuan untuk memberikan jersi miliknya kepada salah seorang kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: Penganjur & Polis Antara Individu Bakal Didakwa Isu Rusuhan Bola Sepak Indonesia
Artikel Berkaitan: PETRONAS & BAM Tandatangani Perjanjian Penajaan 3 Tahun, Bertujuan Tingkatkan Prestasi Badminton Malaysia
Datang lelaki, rentap baju

Dari video tersebut kelihatan wajah gembira dan teruja kanak-kanak yang didukung oleh bapanya saat pemain itu menuju ke arahnya untuk menerima jersi dipercayai pasukan Gergasi Merah, Selangor FC.
Walau bagaimanapun, kegembiraan itu hanyalah seketika selepas seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari belakang anak beranak itu dan merampas jersi berkenaan sebelum pergi begitu saja tanpa menoleh ke belakang semula.
Sedang cari untuk bagi jersi baharu

Disebabkan kejadian itu, pemilik akaun TikTok itu meminta jasa baik orang ramai untuk membantu mencari kanak-kanak dan juga ayahnya untuk menghadiahkan jersi baharu.
Salam, kami sedang mencari adik atau ibu bapa adik ini untuk kami gantikan jersi baru untuk dia. Mohon bantuan rakyat TikTok untuk carikan. Kalau ada yang kenal, boleh tag atau DM.
Namun, menurut beberapa pengguna TikTok yang lain, mereka mengatakan bahawa individu berkenaan telah memulangkan semula jersi tersebut kepada kanak-kanak lelaki itu dan difahamkan tujuan dia merampas hanyalah sekadar gurauan.
Abang dah dah bagi balik jersi tu kat adik tu… Dia bergurau ja tu…
Komen netizen

Video
@amrlaswd7 Rakyat TikTok, sila bantu cari sampai jumpa! #fyp #fyp??viral #helpme #SelangorFC #foryou #foryoupage #foryourpage #fypdongggggggg
Sumber: TikTok
source https://ohbulan.com/video-lelaki-rampas-jersi-pemain-bola-selangor-dari-anak-kecil-tarik-perhatian-ada-cakap-cuma-gurauan
