Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 21 Oktober 2022

Kecoh Pak Guard Mengamuk Dengan Waris Pesakit Di Hospital, Bukan Sengaja Tengking Tapi…

Tular di media sosial, video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan mengamuk dan meninggikan suara di Hospital Teluk Intan, Perak sambil ditenangkan oleh beberapa rakannya di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan: ‘Hujung Pisau Pemotong Sayur Terkena Pada Saluran Darah Utama’ – Polis

Artikel Berkaitan: Bergaduh Berebut Tempat Duduk, Remaja Lelaki Maut Tertusuk Pisau Dibaling Kakak

Waris pesakit ‘langgar’ waktu melawat

Kejadian yang mencetuskan kekecohan itu berlaku kira-kira jam 11 malam dipercayai gara-gara waris pesakit tidak mengikut peraturan waktu melawat seperti yang ditetapkan dan melebihi masa bagi sesi petang iaitu dari 4:30 petang hingga 7 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati waris pesakit mahu menghantar salinan keputusan ujian X-ray kepada pesakit di wad perempuan.

Benarkan seorang waris sahaja

Ujarnya lagi, pengawal sememangnya akan membenarkan waris untuk masuk sekiranya penjaga pesakit perlu ditukar memandangkan seorang saja yang dibenarkan masuk dalam wad atas budi bicara.

Keengganan waris mematuhi peraturan waktu melawat yang telah ditetapkan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pengawal bertugas sekali gus mencetuskan pergaduhan mulut.

Susulan kejadian itu, pihak polis menerima dua laporan berkenaan dengan isu tersebut yang dibuat oleh penyelia pengawal keselamatan dan juga pengawal keselamatan itu sendiri.

Sumber: Buletin TV3



source https://ohbulan.com/kecoh-pak-guard-mengamuk-dengan-waris-pesakit-di-hospital-bukan-sengaja-tengking-tapi

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman