Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 3 Oktober 2022

Terpaling Juara: Rahmad Mega, Aqmal, Hazami & Shaz Mara Ke Minggu Akhir

Empat peserta Terpaling Juara iaitu Rahmad Mega, Aqmal, Hazami dan Shaz mara ke pusingan akhir, pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: Menangis Masa Konsert Terpaling Juara, Dato Hattan Minta Ifa Raziah Kawal Emosi

Artikel Berkaitan: Debaran Separuh Akhir Terpaling Juara Kian Terasa! Hael, Akim & Naim Daniel Dah Sedia ‘Ramuan’ Rahsia

Tiada penyingkiran

Bagaimanapun, Hazami dan Shaz menduduki tangga terbawah dan dikehendaki ke pusingan ‘battle’ menyanyikan lagu kumpulan Wings.

Namun, keputusan berubah selepas juri tetap, Fauziah Latiff, menggunakan imuniti dan sekaligus menyelamatkan Hazami daripada tersingkir.

Menurut Fauziah Latiff, dia akui Hazami dan Shaz ada melakukan kesilapan namun katanya mereka sudah lakukan yang terbaik selama enam minggu bertanding.

Minggu depan adalah minggu akhir. Hazami dan Shaz ada buat kesilapan tetapi keduanya sudah buat yang terbaik.

Apa salahnya, diberi peluang untuk ke minggu akhir. Nanti minggu hadapan mereka akan all out.

Rahmad Mega yang mempersembahkan lagu Kejora Ku Bersatu menerima hadiah persembahan terbaik pada minggu ini dan membawa pulang wang tunai RM5,000 sekaligus mara ke minggu akhir.

Aqmal yang menyanyikan lagu Aku Skandal diumumkan peserta kedua mara pada minggu hadapan.

Untuk minggu akhir, kesemua peserta membawakan tugasan nyanyian solo manakala duet akan menjadi kejutan.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta juri jemputan, Ajai.

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah bernilai RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan tempat ketiga pula menerima RM30,000.

Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, bersiaran selama lapan episod di TV3. Jangan ketinggalan untuk menonton pada setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.



source https://ohbulan.com/terpaling-juara-rahmad-mega-aqmal-hazami-shaz-mara-ke-minggu-akhir

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman