Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 3 Oktober 2022

Scha Elinnea Tayang Tatu, Netizen Pertikai Soal Agama

Pelakon Scha Elinnea sering menjadi tumpuan pengguna media sosial gara-gara gemar tampil dengan imej yang seksi.

Artikel Berkaitan: Hidap Penyakit Skizofrenia & Insomnia, Scha Elinnea Tak Boleh Tidur Seorang Diri – ‘Saya Sentiasa Memerlukan Teman’

Artikel Berkaitan: Netizen Suruh Kahwin Sebab Tidur Kena Berteman, Scha Elinnea Tak Sedia Lagi – ‘Nak Fokus Bina Nama & Balas Jasa Keluarga’

New chapter

Terbaharu, nampak gayanya Scha sekali lagi menjadi topik hangat di Instagram (IG) apabila berkongsi gambar memaparkan tatu di tubuh badannya.

Tampil menggayakan skirt pendek bersama tube berwarna ‘nude’, aktres berumur 23 tahun itu dilihat mempunyai tatu di bahagian lengan dan perut.

Pemilik nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen turut menulis kapsyen yang berbunyi, “New chapter.”

Tatu betul?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula mempersoalkan status agama pelakon drama Hatimu Sedingin Salju susulan tatu di badannya itu.

Selain itu, ada juga segelintir yang meninggalkan komen nakal di hantaran foto ‘daring’ itu.

Terdahulu, anak kelahiran Sungai Petani ini menafikan dia mencacah tatu pada tahun 2020. Kata Scha, tatu itu adalah tatu palsu yang dibeli dalam talian.

Sumber: Instagram @schaelinnea



source https://ohbulan.com/scha-elinnea-tayang-tatu-netizen-pertikai-soal-agama

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman